U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Ahad, 8 November 2009

Liberalisme

Pengertian

Merupakan satu isme yang dibawa Barat dan menular di kalangan umat islam.kesan kemunculan sekularisme maka terbentuknya Liberalisme. The New Columbia Encyclopedia New York 1975 liberalisme bermaksud isme yang membawa pemikiran atas dasar serta bertujuan untuk kebebasan individu dan untuk meningkatkan kebebasan tersebut.

Fahaman Liberal yang bertentangan dengan ajaran Islam

Ianya mempunyai beberapa pecahan, cukuplah sekadar penulis berkongsi fahaman ini dari sudut agama.Pelopor fahaman antaranya ialah Martin Luther. Beliau menyatakan kebebasan individu mentafsir kitab suci sendiri. Martin menentang golongan gereja mengenai hak pengampunan dosa dan perakuan kelaziman puak paderi tidak boleh berkahwin. Tidak kurang hebatnya fahaman ini meninggalkan kesan terhadap umat islam dan negara islam terutama negara yang dijajah oleh Eropah dan Perancis. Sebagai muslim kita tiada hak untuk mentafsir nas-nas dengan mengikut kebebasan sendiri kerana jika perkara berkaitan akidah ianya boleh merosakkan fahaman individu dan pegangan individu itu sendiri. malahan lebih buruk jika tersebar dalam masyarakat.

Dalam konteks ekonomi pula fahaman liberal ini jelas bertentangan dengan ajaran islam. Mereka mengharuskan segala amalan riba dan segala amalan yang berunsurkan riba umpamanya bank-bank dan syarikat kewangan yang menjadi milik Rotchilds,Rockkefellers, Wardurg telah memberi sokongan kepada liberal dalam mengeksploitasikan kegiatan ekonomi yang berunsurkan riba tersebut. Konsep ini jelas bertentangan degan islam sepertimana firman ALLAH:


Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman jaganlah kamu makan atau ambil riba dengan berlipat-lipat ganda 130 سورة ال عمران
 
Sebagai rumusannya, ideologi Liberal ini perlu dijauhi oleh semua umat islam, ianya adalah saduran dari sekularisme dan sosialis yang berjuang di atas pemikiran bebas dan bebas bertindak dalam erti kata lainnya self-centred atau memperjuangkan manusia sebagai superior. Apa yang tepatnya ALLAH sahaja yang berkuasa dan manusia itu pada zahirnya melakukan dengan fikiran mahupun tindakan secara sendirian atas pilihan mereka akan tetapi sebenarnya dari sudut akidah islam, kuasa tersebut diberikan ALLAH melalui ikhtiar manusia.
Read More

Jumaat, 6 November 2009

Sekularisme

Erti Sekular


Perkataan Latin iaitu Saeculum yang bermaksud generasi atau zaman. Dalam hubungan dengan Kristian dan pengaruhnya di Barat sekular bermaksud bertentangan dengan gereja. Iaitu sesuatu itu hanya milik dunia sahaja tidak berhubung kait dengan agama sedikit pun.

Sifat Sekular

Berkaitan skop ini kerohanian diusir sama sekali, dalam urusan dunia tidak ada kaitan dengan agama, antara lain sekular ini tidak mahu politik dicampurkan dengan dunia, politik tidak ada ikatan dengan akidah dan syariat islam, maka ada sesetengah pandangan umat islam menyokong bahawa agama dan politik tidak boleh digabungkan, Malaysia kita??
- Penafian terhadap golongan ulama dan memandang rendah terdap wali-wali dan ulama dan enggan mengiktiraf golongan berwibawa tinggi ini.
- Menafikan adanya nilai yang tetap dalam kehidupan, mengatakan bahawa agama itu buatan manusia dan tiada nilai-nilai yang sempurna sehiingga ke akhir dunia, erti mudah sekular menolak adanya agama.
Untuk itu sekular menyebarkan ideologi bahawa akal dan pancaindera yang melakukan ujikaji dan mendapat pengetahuan dan berpendapat agama dan wahyu itu adalah kolot. Ini menunjukkan mereka menolak sunnah Allah dan mencemarkan politik.

Pengaruh Sekular

Agama

- Dapat dilihat apabila sesebuah negara itu meletakkan para ulama hanya berperanan di Masjid-masjid sebagai berperanan dalam menyelesaikan masalah agama, jurunikah, ibadah haji, dan urusan keduniaan diserahkan kepada golongan bukan ulama. Kehidupan dunia ini bukanlah untuk bersosial sahaja akan tetapi kita dituntut supaya mengabdikan diri kepada Allah supaya urusan ibadat sentiasa berjalan baik dan tidak tertangguh sepertimana apabila sudah tua barulah hendak mencari ilmu agama.firman ALLAH:

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون

Terjemahan: dan ingatlah aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.
(surah al-Zariyyat ayt 56)

Kehidupan

- Sekular membawa teori Darwin yang mana manusia itu berasal dari monyet, teori bodoh yang jelas bercanggah dengan mana-mana agama lain seperti Kristian apatah lagi Islam, manusia adalah makhluk yang paling tinggi martabatnya, jika manusia itu itu dari monyet ini sekaligus menghina Nabi Adam malahan Nabi Muhammad sendiri. Manusia itu sebaik-baik penciptaan sepertimana firman Allah:

 لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقوين  

Terjemahan : sesungguhnya kami menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya..(Al-Tin 4)

Kesan Buruk Sekular
Akibat dari fahaman sekular ini antaranya ialah
a. Kehilangan kuasa politik secara beransur-ansur dan umat islam menjadi lemah walaupun jumlahny a ramai.
b. Sumber ekonomi menjadi terhad
c. Terhapusnya dasar isla. Undang-undang islam tidak dapat ditegakkan
d. Hilang nilai islam yang mana umat islam lebih hubbu dunya dari hubbu Allah.

Yang batil ini tidaklah akan brtahan selamanya dimana sekarang sekular semakin pudar dan kurang sambutan,sebagai umat islam haruslah kita bersatu padu menegakkan agama dan menghapuskan semua kebatilan.
Read More

Pengaruh Penyelewengan Semasa



Kesan penjajahan barat telah memberikan pengaruh dalam beberapa aspek kehidupan umat islam antaranya:
Pemikiran
-          Kristian serta Yahudi telah mengkaji ketika perang salib bahawa umat islam sukar ditewaskan dengan cara peperangan, umat islam sukar disisihkan akidah dan pegangan melalui kekerasan, mereka menemui jalan dan cara yang lebih baik bagi menghapuskan umat islam iaitu dengan meracuni pemikiran umat islam yang cinta kepada islam dan Rasulullah dengan mengubah cinta umat islam ke arah hiburan dan perkara-perkara yang merosakkan umat islam.

Pendidikan
-          Selepas zaman kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah sistem pendidikan mula berubah menjadi sekular, khasnya di negara islam yang dijajah, ini menunjukkan Barat telah berjaya, sistem pendidikan sekular ini bertujuan melemahkan umat islam. Sistem Sekular adalah sisitem yang memisahkan pelajaran agama dengan ilmu dunia. Sedangkan dalam islam tidak boleh dipisahkan agama dengan ilmu dunia, kejayaan Barat boleh dilihat kini dimana sekolah Sains dan sekolah Agama berasingan sama sekali, selain itu Barat juga meresapkan sistem percampuran lelaki dan perempuan dalam satu sekolah, kesannya sekarang berlaku pergaulan bebas di segenap sekolah sedangkan dalam islam pergaulan bebas adalah ditegah sama sekali, Barat mencela pengajian di pondok dan kuliyah di masjid dengan alasan ianya kolot, Barat dengan bijak mengatur pelajar umat islam mengagungkan sistem mereka maka pelajar dapat menyambung pendidikan di Negara Eropah. Sistem pendidikan Barat menerapkan bahawa benda yang tidak dapat dilihat dan metafizik tidak perlu dikaji.

Media massa
Bagi merosakkan akidah umat islam Barat merperbanyakkan hiburan dan bahan bercetak seperti majalah, zine dan sebagainya untuk menarik umat islam,selain menggunakan perempuan cantik sebagai model,ratu cantik yang dipertandingkan dan dipaparkan di dada-dada akhbar, sedangkan pendedahan aurat itu dilarang dalam islam. Antara lain mereka sengaja mengada-adakan cerita negara islam berperang sesama sendiri, bunuh-membunuh dan sebagainya bagi menampakkan islam itu semakin buruk.
Sebagai rumusannya Sekularisme merupakan idea induk yang membawa fahaman memisahkan agama dan isme tersebut menjadikan manusia hamba dunia dan akhirnya menjadi ideologi komunis yang tidak percayakan wujudnya  akhirat.

Read More

Khamis, 29 Oktober 2009

Ajaran Batiniah

Berasal dari perkataan al-Batin yang bermaksud 'dalaman' lawan kepada 'zahir' atau 'luaran',setiap yang lahir itu mesti ada dalamannya atau isi setiap wahyu itu ada dalamannya atau isi dan ada pula takwilnya, mengikut tasawuf Batiniah adalah satu fahaman yang membahaskan Batin iaitu mengajar seseorang mengenali batin iaitu mendidik seseorang membaiki hati/dalamannya, fahaman ini lahir di Iran kemudian merebak ke seluruh dunia, disifatkan sebagai satu cara halus yang meresap masuk ke dalam ajaran islam dan merosakkan akidah umat islam tanpa perlu berperang atau melalui kekerasan.


Aspek ketuhanan

- Mereka mengatakan tuhan itu ada 2 yang qadim (lama) tanpa didahului zaman, tuhan yang pertama dinamakan Al-Sabiq dan yang kedua dinamakan Al-Tali, daripada Al-Sabiq menjadi Illah (sebab) kepada tuhan yang kedua iaitu al-tali,alam ini diciptakan oleh Al-Sabiq dengan perantaraan Al-Tali, Al-Sabiq dan Al-Tali tidak boleh disifatkan dengan sebarang sifat, tidak bernama dan bukanlah dia yang menciptakan Adam.

Konsep Alam

- Alam ini qadim, dari Al-Sabiq lahirnya Al-Tali pencipta pertama mencipta nafsu dan jiwa dalam keadaan tersusun, dari gerakan nafsu lahirnya panas, diamnya nafsu lahirnya sejuk, hasil dari panas sejuk terjadinya kering dan lembap, dan menghasilkan unsur yang empat iaitu tanah, air, api, angin dan dari 4 unsur itu lahir pula galian, tumbuhan, haiwan dan insan.

Konsep Kenabian

- Hampir sama dengan pendapat ahli falsafah,nabi itu anugerah dari Al-Sabiq melalui Al-Tali, yang mana nabi itu boleh diukir dengan nafsu al-kuliyyah (keseluruhan nafsu) bukanlah dari juziyyat(sebahagian) sepertimana alam tadi. Pendapat mereka setiap zaman akan lahir orang maksum yang setaraf dengan nabi, yang boleh mentakwilkan nas-nas seperimana nabi, mereka menyatakan imam itu samalah dengan orang suci yang boleh melihat dalam mimpi apa yang akan berlaku beza mereka dengan nabi, nabi boleh melihat dalam sedar atau jaga. Dan beza imam dengan nabi itu juga ialah imam tidak menerima wahyu, nabi pula menerima wahyu.

Konsep Kiamat

- Batiniah ini menafikan kiamat, pada mereka tuhan tidak bodoh menciptakan alam dengan cantik kemudian memusnahkannya. Tanda atau alamat Kiamat adalah dengan munculnya imam, antara lain golongan ini mengingkari adanya Mahsyar, Bangkit,dari kubur, Syurga dan Neraka dan semua itu ditakwilkan mereka.

Taklif Syarak 

- Menurut Al-Ghazali, Batiniah mengingkari adanya hukum taklif yang 5, iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus, bagi mereka semua hukum itu harus,menurut mereka kalaulah mengikut syarak hendaklah mengikut imam, bukan mazhab seperti: Mazhab Hambali,Maliki, Hanafi dan Syafie. Apabila ditinjau dari sudut batin itu sendiri maka tiadalah ikatan taklif

Contoh tafsiran Batiniah

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ المْيْتَةُ
Terjemahan: Diharamkan kepada kamu (memakan bangkai binatang yang tidak disembelih)
Surah al-Maidah 3

Kami dan kamu tidak boleh makan daging sembelihan sehinggalah binatang itu mati, antara lain ikan tidak boleh dimakan sehinggalah ianya mati, untuk itu sesudah Nabi wafat maka tidak boleh ditegakkan syariatnya lagi. Kita mesti patuh terhadap guru kita sahaja. Kerana ia adalah Hujah Allah.

وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَرُواْ..

Terjemahan : ...dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.
Surah al-Maidah 6

Ayat tersebut ditafsirkan sebagaimana berikut: iaitu sekiranya kamu sekalian tidak mengetahui mengenai ilmu batin, maka hendaklah kamu mempelajarinya. Maka ketahuilah bahawa ilmu batin itu menghidupkan jiwa,sebagaimana air menghidupkan badan.

Tiada yang baik mengenai ajaran Batiniah ini melainkan ianya hanya memesongkan akidah umat islam secara halus.
Read More

Jumaat, 9 Oktober 2009

Halusinasi yang membawa kepada penyakit mental



Halusinasi adalah terjadinya tanggapan dalam kondisi sedar tanpa adanya rangsangan  nyata terhadap deria. Kesan dari tanggapan itu dirasakan oleh pesakit sangat jelas, substantion dan berada dari luar ruang nyatanya. Definisi ini dapat membezakan halusinasi dengan mimpi,ilusi,berkhayal dan pseudohalusinasi (tidak sama dengan taggapan sebetulnya namun tidak dalam keadaan terkawal). Contoh dari fenomena ini adalah dimana seseorang mengalami gangguan penglihatan, dimana ia merasa melihat suatu objek, namun deria penglihatan orang lain tidak dapat menangkap objek yang sama.
Halusinasi juga harus dibezakan dengan bayangan pada tanggapan, dimana deria menangkap sesuatu nyata, namun tanggapan nyata yang diterimanya itu diberikan makna yang  berbeza. Sehingga orang yang mengalami bayangan lebih percaya kepada hal-hal yang atau tidak masuk akal.
Halusinasi dapat dibagi berdasarkan deria yang bereaksi saat tanggapan ini terbentuk,ada 5 semuanya, saya huraikan 2 sahaja.
  • Halusinasi visual
  • Halusinasi auditori
 Pencetus terjadinya halusinasi
  1. Sakit dengan panas tinggi sehingga mengganggu keseimbangan tubuh.
  2. Gangguan jiwa Skizofernia
  3. Penggunaan  dadah tertentu seperti : ganja, kokain, morphin dsb
  4. Memaksimumkan alkohol berkadar diatas 35% : seperti vodka, wain diatas batas sewajarnya
  5. Trauma yang berlebihan.
 Halusinasi visual



Halusinasi visual umpamanya seseorang yang tanggapan pengalaman lalu berbentuk kemalangan ngeri yang dihadapi, kematian anak atau orang terdekat, bayangan jin, atau apa-apa perkara yang boleh menyebabkan kebingungan yang melampau. Halusinasi yang dialami oleh penagih yang mengambil dadah,pil tidur, secara overdose adalah antara halusinasi keseronokan melampau dan menyebabkan mereka di bawah kawalan separuh sedar.

Halusinasi auditori




Halusinasi auditori dalam  erti kata lain halusinasi bukanlah selalunya hadir secara langsung, akan tetapi ianya juga adalah satu perkara yang tidak langsung, penyebab berlakunya halusinasi ini tidak boleh dikhususkan, ini kerana ianya hadir dengan pelbagai cara, seseorang yang karam di laut beberapa hari dan kemudian menelan air laut bagi menghilangkan dahaga akan memberikan kesan penyahidratan yang teruk kepada otak dan mereka tidak dapat berfikir seterusnya merangsang halusinasi seakan mendengar bunyi bot, helikopter, dan sebagainya datang menyelamatkan mereka, serta mendorong mereka melakukan perkara diluar dugaan yang akhirnya membawa kepada kematian.
  

Bagaimana cara mengatasi halusinasi?

Jika anda seorang yang mempunyai masalah ini, cara mudah yang boleh dikongsi di sini ialah dengan berfikiran positif dan menerima takdir yang ditentukan ilahi dengan hati yang redha, menerima hakikat hidup, mati, jodoh, pertemuan semua ditentu ALLAH, dan berpegang dengan qada dan qadar. Perlu juga fahami apa itu qada muallaq dan qada mubram. Fikirkan ikhtiar hidup yang terbaik jika berada dalam kesempitan untuk hidup. Dekatkan diri dengan ALLAH tidak kira dalam kesenangan atau kesusahan kerana dia maha mengetahui segalanya.

Pepatah arab mengatakan  العقل السليم في الجسم السليم
Akal yang sihat dalam tubuh yang sihat

Read More