U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Label

Memaparkan catatan dengan label tarbiyyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tarbiyyah. Papar semua catatan

Ahad, 9 Mei 2010

Makanan Adalah Segalanya


                Setelah sekian lama tidak menulis hari ini penulis kembali untuk berkongsi beberapa perkara bersama pembaca blog ini. Keadaan sekarang yang kurang membaca menyebabkan idea-idea untuk menulis merosot. Kesibukan praktikum 3 bulan lalu menghimpit waktu untuk menulis di blog. Biarkanlah yang berlalu itu terus berlalu.
                Hari ini penulis ingin berkongsi mengenai makanan dan apakah kesannya kepada diri. Di sini bukanlah isu apakah makanan yang dimasak, resipi, makanan berbentuk daging, seafood atau sebagainya akan tetapi kita bicarakan makanan yang dimasak oleh orang islam dan bukan islam..inilah yang penulis akan kupas untuk isu kali ini.
                Bulan ini telah masuk bulan ke-5 penulis mengajar murid tahun 1 bagi tahun 2010,pelbagai tafsiran awal bermain di fikiran penulis, apakah sebabnya anak murid penulis tahun 1 pada tahun ini terlalu lambat,guru-guru lain turut menyatakan perkara yang sedemikian. Murid boleh menghafal A-Z atau 1-10 tetapi jika ditunjuk mereka tidak dapat menjawab apatah lagi menulis, itu belum dikira bagi matapelajaran agama islam lagi, atas sebab demikian penulis membuat beberapa ‘mulahazoh’ ke atas murid-murid, penulis menanyakan beberapa soalan kepada antara soalan tersebut penulis senaraikan di bawah:
1.       Kamu dari kaum apa?
Jawapan yang diterima samada Dusun atau Bajau
Kesimpulan bagi soalan ini jika Kaum Dusun maka mereka anak-anak mualaf jika Bajau mereka automatiknya islam

2.       Ada kamu mengaji di rumah? Siapa ajar kamu?
Jawapan yang diterima ada dan tiada, jika ada ibu, bapa, kakak mereka yang ajarkan dan ada yang tidak.
Kesimpulan bagi soalan ini jika tidak mengaji samada mereka yang malas ataupun keluarga mereka sendiri tidak tahu untuk mengajar dan tidak menghantar anak mereka mengaji.

3.       Dulu kamu sekolah di TADIKA atau di mana?
Jawapan yang diterima PASTI, TADIKA berdekatan dan tidak besekolah.
Kesimpulan bagi soalan ini  jika di PASTI memang di ajar agama, di TADIKA atau pra-sekolah sesetengahnya ada dan sesetengahnya tiada.

4.       Di sekolah kamu tiada belajar alif ba ta?
Jawapan yang diterima di PASTI ada dan di TADIKA berdekatan tiada
Kesimpulan bagi soalan ini majoriti murid bukan islam dan tiada jadual untuk pelajaran agama islam

5.       Rumah ada anjing?kamu pegang?
Jawapan yang diterima ada dan tiada saya pegang dan tidak
Kesimpulan bagi soalan ini mungkin masih tidak faham hukum islam bagi saudara baru.
               Itu soalan saringan pertama yang penulis buat, ada soalan yang lebih bersifat ‘brutal’ tapi tidak sampai hati mahu menagajukan kepada murid, ‘mulahazoh’ seterusnya penulis mengorek rahsia TADIKA berdekatan, sememangnya tiada matapelajaran agama islam kerana majoritinya bukan islam, sehinggalah minggu lepas suami pengusaha kantin minum semeja dengan penulis dan akhirnya beliau bersuara, “ustaz.. macam mana ya TADIKA tu tukang masaknya bukan islam..anak saya tidak makan di sana saya suruh dia makan di sini..” agak tersentak dengan kata-kata beliau penulis menanyakan beberapa soalan dan jawapan yang diterima mengejutkan dan memang telah lama TADIKA tersebut begitu..”patut pun…”bisik hati kecil penulis. Sukarnya murid-murid menerima pelajaran mereka mungkin ini adalah salah satu sebab. Tapi apa beza orang bukan islam masak dengan orang islam masak?
               Pendapat penulis jika orang islam yang memasak memang kita tidak ragu-ragu untuk makan, kita terlupa jika tukang masak tidak mengerjakan solat yang memasak makanan untuk kita, kesannya sama sahaja, menggelapkan hati dan sukar menerima pelajaran.,jadi fikir-fikirkan,penulis berpesan pada diri sendiri dan pembaca sekalian.
Read More

Sabtu, 3 April 2010

Tarbiyyah Ruhiyyah


CIRI-CIRI KEIMANAN

Di dalam surah At-Taubah Allah swt menerangkan tentang cirri tersebut di dalam firmanNya:
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara (melawat), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang mukmin itu” (Surah At Taubah ayat 112).1. At-Taibun (orang yang bertaubat).
Sifat pertama yang perlu wujud dalam diri para daie ialah taubat. Para daie dan pejuang Islam haruslah lebih berhati-hati terhadap maksiat- apa sahaja bentuknya daripada musuh-musuh mereka. Dosa-dosa yang dilakukan oleh diri mereka lebih wajar ditakuti daripada musuh-musuh mereka sendiri. Sekiranya berlaku sesuatu yang tergolonga dalam ‘amal maksiat (dan sudah tentu akan berlaku) mereka hendaklah bersegera memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah swt sebagai menyahut seruan Allah swt yang terkandung di dalam firmanNya:
“Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orng yang bertaqwa” (Surah Ali Imran : ayat 133)

2. Al-Abidun
Satu lagi sifat yang harus menjadi amalan para anggota jamaah adalah suka beribadat kepada Allah. Manusia-manusia abid ialah mereka yang beribadah kepada Allah dalam setiap gerak-geri dan tindak tanduk, begitu juga dengan perkataan dan perbuatan mereka supaya dengan itu mereka dapat memenuhi tujuan utama hidupnya sebagaimana Firman Allah swt:
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” ( surah Az-Zariyat : ayat 56)
Apabila Allah telah menjadi matlamat kita, sasaran ibadah kita, arah dan matlamat hidup kita maka kita akan berpegang teguh dengan segala perintahNya dalam setiap urusan hidup. Dengan tindak tanduk seperti ini memenuhi dan mengisi pengertian untuk menjadikan kehidupan seluruhnya tergolong dalam ibadah kepada Allah Azzawajalla, sesuai dengan pengakuan:
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam” (Surah Al An’am: ayat 162)
Apabila berhadapan dengan keterangan yang pasti dari nas maka tidak ada ruang untuk berijtihad. Di hadapan ketentuan syariat yang pasti tiada tempat untuk hawa nafsu. Sesuatu hukum yang ditetapkan oleh Allah swt tidak wajar lagi untuk sesiapa pun berdolak dalik lagi mengenainya.
Ini juga beerti segala tindak tanduk dalam kehidupan manusia samaada dalam konteks individu ataupun dalam hubungan dengan orang lain hendaklah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambaNya.
Dengan pengertian yang menyeluruh seperti ini kita dapat beribadah kepada Allah dalam seluruh urusan hidup kita. Dalam pengertian seperti ini juga tidur menjadi ibadah, bekerja menjadi ibadah, berumah tangga, berjalan, mengajar, semuanya mengikut peraturan yang diredhaiNya.

3. Al-Hamidun
Al-Hamidun ialah golongan manusia yang hati-hati mereka sangat peka terhadap nikmat Allah kepada mereka. Lidah-lidah mereka menyatakan kesyukuran dan pujian terhadapnya sedangkan anggota tubuh badan pula mengajukan pengorbanan bagi mencari keredhaan Allah.
Siapakah yang lebih patut dan lebih wajar dari para penda’wah untuk mengucapkan kesyukuran terhadap Allah. Bukankah mereka orang-orang yang mendapat nikmat hidayah dan nikmat iman. Firman Allah swt:
“Tetapi Kami jadikan Al-Qur’an itu laksana cahaya yang denganNya Kami tunjuki siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami. Sesungguhnya kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”. (Surah Al-Syura: ayat 52)
Sesungguhnya nikmat Allah terhadap hambaNya tidak dapat dihitung. Segala sesuatu di dalam alam semesta, segala sesuatu yang dimiliki oleh manusia dan segala sesuatu yang wujud dalam kehidupan menjadi bukti terhadap nikmat Allah yang amat banyak. 
 
4. Al-Saihun
Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi. Pengembaraan pra mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang disekelilingnya. Allah berfirman:
“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan Kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka” (Surah Ali Imran: ayat 190-191)
Alangkah perlunya para daie kepada pengembaraan meneroka dan menjelajah alam semesta yang luas terbentang, angkasa lepas dan galaksi bintang-bintang yang memperlihatkan kepada mereka itu betapa keagungan dan kebesaran kekuasaan Allah. Ini tentunya dapat mendorong mereka untuk mentaati Alah dan beribadah kepadaNya.
Alangkah perlunya para daie mengembara kepada pengembaran-pengembaraan meneliti sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh-musuh Islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng Islam. Mereka pasti insaf bahawa negara yang diasaskan di atas kebatilan usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas dasar kebenaran ianya kekal hingga hari kiamat. Firman Allah swt:
“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)” (Surah An Nahl: Ayat 36)

5. Al-Raqiun dan As-Sajidun (orang yang rukuk dan sujud)
Manusia yang sering rukuk dan sujud ialah golongan yang mengambil berat soal-soal ibadah mengukuhkan dan memperbaiki hubungan dengan Allah. Mereka ialah orang-orang yang begitu memelihara solatnya sammada dalam saat berdiri, duduk, atau mengiring mereka menjadikan ibadat sebagai bekalan. Firman Allah swt:
“(mereka yang mendapat pancaran Nur Ilahi)- ialah “laki-laki nyang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan (dari) mendirikan solat dan (dari) membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari di mana pada hari itu hati dan penglihatan menjadi gentar dan gemuruh” (Surah An Nur : ayat 37)
Para pendakwah terutamanya pada zaman ini amat perlu mempunyai hubungan dengan Allah sesuai dengan tangungjawab yang dipikul dan cabaran-cabaran besar yang merintangi perjalanan. Kemenangan golongan Al Salaf Al Saleh dan berkembangnya da’wah yang dibawa oleh mereka adalah hasil kekuatan hubungan mereka terhadap agama Allah. Begitu juga kerapnya amalan-amalan mereka dalam melaksnakan amalan-amalan sunat apatah lagi amalan fardhu yang diwajibkan. Allah swt berfirman:
“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Surah Az Zariyat: ayat 17-18)

6. Al-Amiru bil Ma’ruf Wanahu Anil Mungkar  Amar Ma’ruf nahi mungkar merupakan tugas utama orang mukmin. Seseorang muslim tidak akan menjadi muslim benarnya selama ia tidak melaksanakan tugas ini dalam lingkungan dirinya, keluarganya, dan masyarakat. Jika tugas-tugas ini diabaikan bagaimanakah para daie akan dapat meletakkan dirinya sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan, pembimbing dan juga sebagai pemimpin. Amar ma’ruf adalah suatu taklif rabbani (tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah) sebelum ianya menjadi taklif haraki. Taklif rabbani dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya: “Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung” (Surah Ali Imran : ayat 104) Disamping itu di dalam hadith-hadith nabawi pula terdapat banyak keterangan-keterangan yang memperkukuh dan memperjelaskan lagi keterangan Al-Qur’an tentang kewajipan berdakwah amar ma’ruf nahi mungkar, nasihat dan ingat mengingati supaya mengikut kebenaran. Umpamanya sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (perkataannya) dan jika ia tidak mampu (juga) maka hendaklah (membenci dan menolak) dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. Dan selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji sawi” (Riwayat Muslim)  
7. Wal Hafizuna LiHududillah  Mereka ialah golongan yang berjuang untuik melaksanakan perintah-perintah Allah terhadap diri, dan masyarakatnya. Sekiranya perintah-perintah Allah tidak mungkin dilaksanakan dalam bentuk yang sempurna tanpa kekuasaan dan pemerintahan Islam maka usaha dan perjuangan menegakkan pemerintahan Islam dan memelihara hukum-hukum Allah menjadi satu perkara yang wajib. Kehidupan para daie hendaklah berlangsung di dalam dua landasan yang seimbang dalam usaha menegakkan hukum-hukum Allah. Landasan pertama – Ia hendaklah menegakkan hukum-hukum Allah dalam dirinya dan terhadap persekitarannya sedaya yang mungkin. Itulah tanggungjawab individu orang yang mukmin baik laki-laki mahupun perempuan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt: “Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Alah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka; ialah ucapan, “Kami mendengar dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Surah AnNur ayat 51)
Read More

Ahad, 29 November 2009

Orang Munafiq dan Sifatnya

Munafiq bukanlah suatu sifat baru dalam kalangan umat islam, sikap ini wujud sejak zaman Rasulullah lagi, mungkin ada antara kita yang mengetahui akan siapa yang munafiq pada zaman tersebut dan mungkin ada yang belum tahu,Abdullah b. Ubay seorang yang akrab dengan Rasulullah dan sangat dikenali di kalangan umat islam,tanpa disangka-sangka beliau adalah seorang yang munafiq. Jika di hadapan Rasulullah dan umat islam beliau berkata-kata dengan pertuturan yang baik tetapi tidak di dalam hati beliau.
Perkongsian penulis waku ini adalah mengenai sikap munafiq yang kadangkala mungkin hinggap pada diri kita antara sedar atau tidak dan secara sengaja atau tidak.
Sabda Rasulullah:

أن ابي هريرة قال النبي صلى الله عليه وسلم :آية المنافق ثلاثة: إذا حدث الكذب، وإذا وعد أخلف، وإذا أوتمن خان.

Daripada Abi Hurairah sabda Rasululah S.A.W: ayat munafiq itu ada 3: Jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mungkiri,jika diberi amanah ia khianati.

Sikap-sikap ini mencerminkan seseorang yang dikatakan sebagai munafiq. baru sahaja 3 perkara ini sudah cukup untuk kita katakan ianya munafiq, bagaimana pula jika kita katakan ianya munafiq yang sejati?? jika ditambah dengan perkara-perkara yang disenaraikan di bawah ini, maka boleh kita katakan ianya munafiq yang sejati..


1. Fujur dalam pertikaian

sabda Rasulullah SAW:
"Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"

2. Ingkar Janji

sabda Rasulullah SAW:
"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

3. Malas Beribadah

Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..."
(An-Nisa': 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.

4. Riya'

Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.

5. Sedikit Berzikir

Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali.
(An-Nisa': 142)

6. Mempercepat Solat

Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadith Nabi SAW:
"Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"

6. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh

Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT

7. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAW

Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.
Firman Allah SWT:
"...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..."
(At-Taubah: 65-66)

8. Bersumpah Palsu

Firman Allah SWT:
"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..."
(Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)
Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.

9. Enggan Berinfak

Orang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.


10. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin

Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.


11. Suka menyebarkan Khabar Dusta

Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.


12. Mengingkari Takdir

Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.


13. Mencaci maki kehormatan orang-orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.
Firman Allah SWT:
"...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan..."
(Al-Ahzab: 19)


14. Sering meninggalkan Solat Berjamaah

Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.


15. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan

Firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."
(Al-Baqarah: 11-12)


16. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan Batin

Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main.

17. Takut terhadap Kejadian Apa Pun

Orang2 munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2 hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.

18. Beruzur dengan Dalih Dusta

Firman Allah SWT:
"Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir."
(At-Taubah: 49)
19. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan

Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.

20. Bakhil

Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.


21. Lupa kepada Allah SWT

Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA.


22. Mendustakan janji Allah SWT dan Rasul-Nya

Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya."
(Al-Ahzab: 12)


23. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan Batin

Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.


24. Sombong dalam Berbicara

Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.


25. Tidak memahami Ad Din

Di antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.


26. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan Dosa

Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat
Firman Allah SWT:
"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..."
(An-Nisa': 108)

27. Senang dengan Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap Kebahagian mereka

Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.
 Tambahan sumber dr halaqah




Read More

Isnin, 23 November 2009

Kebersihan

Cerita Pertama

Ni ape kelas kamu ni kotor sangat?
Kenapa tiada orang menyapu?
Kenapa tak ikut jadual yang saya buatkan? itulah yang keluar dari mulut guru-guru apabila sesebuah kelas tidak membersihkan kelas dan kelas dalam keadaan kotor. Sibukla si anak murid tadi mencari penyapu lalu menyapu kelas mereka.


Cerita Kedua

Seorang anak membelek-belek baju yang hendak dipakai ke sekolah. Terkeluar dari mulut si anak," Mak tak maula pakai baju ni, kotorla..malu nanti kawan-kawan ejek.."
"Pakai sahajala, janji kamu pakai baju ke sekolah daripada tidak pakai... " balas si Ibu
Sia anak mengambil baju tersebut lalu dipakainya ke sekolah.


Cerita Ketiga


Seorang lelaki berlari ke tandas awam,selepas beberapa ketika keluarla lelaki tersebut dengan bebelannya :

"Hish! kotor betul la tandas ni...nak qada hajat pun susah, lubang tersumbat,pam tidak boleh tarik, najis bertaburan, geli betul la..." rungut lelaki tersebut sambil berlalu pergi.

Bercakap tentang isu kotor bukan sahaja di sekolah,kadangkala tempat tinggal kita sendiri belum tentu dalam keadaan yang bersih, penilaian kebersihan bagi penulis amatlah rendah di negara kita, apatah lagi tentang kebersihan tandas, mugkin separuh markah belum tentu dapat diberi kepada negara kita. Kebanyakan orang akan tahu menjaga kebersihan apabila mereka terkena penyakit akibat dari kekotoran tempat tinggal mereka.

Kenapa perlu menjaga kebersihan??


Jawapannya mudah jika anda beragama islam..النظفة من الإيمان kebersihan sebahagian daripada iman. Rasulullah amat menekankan kebersihan terhadap umat islam, kebersihan mencerminkan sikap orang islam malahan menguatkan lagi kata-kata bahawa islam itu agama yang suci lagi bersih. akan tetapi imej islam kadangkala tercemar apabila orang-orang non islam mengatakan bahawa orang islam pengotor, tidak tahu menjaga kebersihan, hal demikian kerana pemerhatian mereka terhadap negara islam dan masyarakat islam harus akui hal demikian.

Berada dalam keadaan bersih mendatangkan banyak faedah kepada setiap individu, keyakinan akan hadir jika kita dalam keadaan bersih terutama dalam mengerjakan ibadah. Rasa was-was akan menghantui seseorang jika seseorang itu memakai pakaian yang tidak bersih dalam waktu mengerjakan ibadah.
Umum mengetahui bahawa tandas adalah tempat syaitan. Mengapa tempat syaitan itu perlu kemas? bersih?

Nama pun Rumah Syaitan jadi biarkanlah ianya busuk, kotor, dan sebagainya. Anda setuju?
Kalau pun kita maklum itu Rumah Syaitan jika kita mengotorkan lagi maka bertambahlah ahli - bait Syaitan tersebut, dan semakinla kita mudah mengikut telunjuk mereka.
Bagaimana dengan tempat makan kita? hmmm...kadangkala tulang bersepah-sepah tidak dikutip, tahu tulang itu makanan siapa? tidak perlu diterangkan, anda sendiri boleh ukur di tahap mana kebersihan anda. Apapun sama-sama kita menjaga kebersihan apatah lagi bagi pendakwah dan pendidik. 


Tercetus idea menulis tentang kebersihan ini kerana terkejut dengan salah satu tempat saya menuntut ilmu yang keadaan sampahnya tidak dikutip dan berloggokan di tepi tangga, amat menyakitkan mata..inilah gambar-gambarnya..































Read More

Ahad, 8 November 2009

Liberalisme

Pengertian

Merupakan satu isme yang dibawa Barat dan menular di kalangan umat islam.kesan kemunculan sekularisme maka terbentuknya Liberalisme. The New Columbia Encyclopedia New York 1975 liberalisme bermaksud isme yang membawa pemikiran atas dasar serta bertujuan untuk kebebasan individu dan untuk meningkatkan kebebasan tersebut.

Fahaman Liberal yang bertentangan dengan ajaran Islam

Ianya mempunyai beberapa pecahan, cukuplah sekadar penulis berkongsi fahaman ini dari sudut agama.Pelopor fahaman antaranya ialah Martin Luther. Beliau menyatakan kebebasan individu mentafsir kitab suci sendiri. Martin menentang golongan gereja mengenai hak pengampunan dosa dan perakuan kelaziman puak paderi tidak boleh berkahwin. Tidak kurang hebatnya fahaman ini meninggalkan kesan terhadap umat islam dan negara islam terutama negara yang dijajah oleh Eropah dan Perancis. Sebagai muslim kita tiada hak untuk mentafsir nas-nas dengan mengikut kebebasan sendiri kerana jika perkara berkaitan akidah ianya boleh merosakkan fahaman individu dan pegangan individu itu sendiri. malahan lebih buruk jika tersebar dalam masyarakat.

Dalam konteks ekonomi pula fahaman liberal ini jelas bertentangan dengan ajaran islam. Mereka mengharuskan segala amalan riba dan segala amalan yang berunsurkan riba umpamanya bank-bank dan syarikat kewangan yang menjadi milik Rotchilds,Rockkefellers, Wardurg telah memberi sokongan kepada liberal dalam mengeksploitasikan kegiatan ekonomi yang berunsurkan riba tersebut. Konsep ini jelas bertentangan degan islam sepertimana firman ALLAH:


Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman jaganlah kamu makan atau ambil riba dengan berlipat-lipat ganda 130 سورة ال عمران
 
Sebagai rumusannya, ideologi Liberal ini perlu dijauhi oleh semua umat islam, ianya adalah saduran dari sekularisme dan sosialis yang berjuang di atas pemikiran bebas dan bebas bertindak dalam erti kata lainnya self-centred atau memperjuangkan manusia sebagai superior. Apa yang tepatnya ALLAH sahaja yang berkuasa dan manusia itu pada zahirnya melakukan dengan fikiran mahupun tindakan secara sendirian atas pilihan mereka akan tetapi sebenarnya dari sudut akidah islam, kuasa tersebut diberikan ALLAH melalui ikhtiar manusia.
Read More

Jumaat, 6 November 2009

Sekularisme

Erti Sekular


Perkataan Latin iaitu Saeculum yang bermaksud generasi atau zaman. Dalam hubungan dengan Kristian dan pengaruhnya di Barat sekular bermaksud bertentangan dengan gereja. Iaitu sesuatu itu hanya milik dunia sahaja tidak berhubung kait dengan agama sedikit pun.

Sifat Sekular

Berkaitan skop ini kerohanian diusir sama sekali, dalam urusan dunia tidak ada kaitan dengan agama, antara lain sekular ini tidak mahu politik dicampurkan dengan dunia, politik tidak ada ikatan dengan akidah dan syariat islam, maka ada sesetengah pandangan umat islam menyokong bahawa agama dan politik tidak boleh digabungkan, Malaysia kita??
- Penafian terhadap golongan ulama dan memandang rendah terdap wali-wali dan ulama dan enggan mengiktiraf golongan berwibawa tinggi ini.
- Menafikan adanya nilai yang tetap dalam kehidupan, mengatakan bahawa agama itu buatan manusia dan tiada nilai-nilai yang sempurna sehiingga ke akhir dunia, erti mudah sekular menolak adanya agama.
Untuk itu sekular menyebarkan ideologi bahawa akal dan pancaindera yang melakukan ujikaji dan mendapat pengetahuan dan berpendapat agama dan wahyu itu adalah kolot. Ini menunjukkan mereka menolak sunnah Allah dan mencemarkan politik.

Pengaruh Sekular

Agama

- Dapat dilihat apabila sesebuah negara itu meletakkan para ulama hanya berperanan di Masjid-masjid sebagai berperanan dalam menyelesaikan masalah agama, jurunikah, ibadah haji, dan urusan keduniaan diserahkan kepada golongan bukan ulama. Kehidupan dunia ini bukanlah untuk bersosial sahaja akan tetapi kita dituntut supaya mengabdikan diri kepada Allah supaya urusan ibadat sentiasa berjalan baik dan tidak tertangguh sepertimana apabila sudah tua barulah hendak mencari ilmu agama.firman ALLAH:

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون

Terjemahan: dan ingatlah aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.
(surah al-Zariyyat ayt 56)

Kehidupan

- Sekular membawa teori Darwin yang mana manusia itu berasal dari monyet, teori bodoh yang jelas bercanggah dengan mana-mana agama lain seperti Kristian apatah lagi Islam, manusia adalah makhluk yang paling tinggi martabatnya, jika manusia itu itu dari monyet ini sekaligus menghina Nabi Adam malahan Nabi Muhammad sendiri. Manusia itu sebaik-baik penciptaan sepertimana firman Allah:

 لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقوين  

Terjemahan : sesungguhnya kami menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya..(Al-Tin 4)

Kesan Buruk Sekular
Akibat dari fahaman sekular ini antaranya ialah
a. Kehilangan kuasa politik secara beransur-ansur dan umat islam menjadi lemah walaupun jumlahny a ramai.
b. Sumber ekonomi menjadi terhad
c. Terhapusnya dasar isla. Undang-undang islam tidak dapat ditegakkan
d. Hilang nilai islam yang mana umat islam lebih hubbu dunya dari hubbu Allah.

Yang batil ini tidaklah akan brtahan selamanya dimana sekarang sekular semakin pudar dan kurang sambutan,sebagai umat islam haruslah kita bersatu padu menegakkan agama dan menghapuskan semua kebatilan.
Read More

Pengaruh Penyelewengan Semasa



Kesan penjajahan barat telah memberikan pengaruh dalam beberapa aspek kehidupan umat islam antaranya:
Pemikiran
-          Kristian serta Yahudi telah mengkaji ketika perang salib bahawa umat islam sukar ditewaskan dengan cara peperangan, umat islam sukar disisihkan akidah dan pegangan melalui kekerasan, mereka menemui jalan dan cara yang lebih baik bagi menghapuskan umat islam iaitu dengan meracuni pemikiran umat islam yang cinta kepada islam dan Rasulullah dengan mengubah cinta umat islam ke arah hiburan dan perkara-perkara yang merosakkan umat islam.

Pendidikan
-          Selepas zaman kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah sistem pendidikan mula berubah menjadi sekular, khasnya di negara islam yang dijajah, ini menunjukkan Barat telah berjaya, sistem pendidikan sekular ini bertujuan melemahkan umat islam. Sistem Sekular adalah sisitem yang memisahkan pelajaran agama dengan ilmu dunia. Sedangkan dalam islam tidak boleh dipisahkan agama dengan ilmu dunia, kejayaan Barat boleh dilihat kini dimana sekolah Sains dan sekolah Agama berasingan sama sekali, selain itu Barat juga meresapkan sistem percampuran lelaki dan perempuan dalam satu sekolah, kesannya sekarang berlaku pergaulan bebas di segenap sekolah sedangkan dalam islam pergaulan bebas adalah ditegah sama sekali, Barat mencela pengajian di pondok dan kuliyah di masjid dengan alasan ianya kolot, Barat dengan bijak mengatur pelajar umat islam mengagungkan sistem mereka maka pelajar dapat menyambung pendidikan di Negara Eropah. Sistem pendidikan Barat menerapkan bahawa benda yang tidak dapat dilihat dan metafizik tidak perlu dikaji.

Media massa
Bagi merosakkan akidah umat islam Barat merperbanyakkan hiburan dan bahan bercetak seperti majalah, zine dan sebagainya untuk menarik umat islam,selain menggunakan perempuan cantik sebagai model,ratu cantik yang dipertandingkan dan dipaparkan di dada-dada akhbar, sedangkan pendedahan aurat itu dilarang dalam islam. Antara lain mereka sengaja mengada-adakan cerita negara islam berperang sesama sendiri, bunuh-membunuh dan sebagainya bagi menampakkan islam itu semakin buruk.
Sebagai rumusannya Sekularisme merupakan idea induk yang membawa fahaman memisahkan agama dan isme tersebut menjadikan manusia hamba dunia dan akhirnya menjadi ideologi komunis yang tidak percayakan wujudnya  akhirat.

Read More

Khamis, 29 Oktober 2009

Ajaran Batiniah

Berasal dari perkataan al-Batin yang bermaksud 'dalaman' lawan kepada 'zahir' atau 'luaran',setiap yang lahir itu mesti ada dalamannya atau isi setiap wahyu itu ada dalamannya atau isi dan ada pula takwilnya, mengikut tasawuf Batiniah adalah satu fahaman yang membahaskan Batin iaitu mengajar seseorang mengenali batin iaitu mendidik seseorang membaiki hati/dalamannya, fahaman ini lahir di Iran kemudian merebak ke seluruh dunia, disifatkan sebagai satu cara halus yang meresap masuk ke dalam ajaran islam dan merosakkan akidah umat islam tanpa perlu berperang atau melalui kekerasan.


Aspek ketuhanan

- Mereka mengatakan tuhan itu ada 2 yang qadim (lama) tanpa didahului zaman, tuhan yang pertama dinamakan Al-Sabiq dan yang kedua dinamakan Al-Tali, daripada Al-Sabiq menjadi Illah (sebab) kepada tuhan yang kedua iaitu al-tali,alam ini diciptakan oleh Al-Sabiq dengan perantaraan Al-Tali, Al-Sabiq dan Al-Tali tidak boleh disifatkan dengan sebarang sifat, tidak bernama dan bukanlah dia yang menciptakan Adam.

Konsep Alam

- Alam ini qadim, dari Al-Sabiq lahirnya Al-Tali pencipta pertama mencipta nafsu dan jiwa dalam keadaan tersusun, dari gerakan nafsu lahirnya panas, diamnya nafsu lahirnya sejuk, hasil dari panas sejuk terjadinya kering dan lembap, dan menghasilkan unsur yang empat iaitu tanah, air, api, angin dan dari 4 unsur itu lahir pula galian, tumbuhan, haiwan dan insan.

Konsep Kenabian

- Hampir sama dengan pendapat ahli falsafah,nabi itu anugerah dari Al-Sabiq melalui Al-Tali, yang mana nabi itu boleh diukir dengan nafsu al-kuliyyah (keseluruhan nafsu) bukanlah dari juziyyat(sebahagian) sepertimana alam tadi. Pendapat mereka setiap zaman akan lahir orang maksum yang setaraf dengan nabi, yang boleh mentakwilkan nas-nas seperimana nabi, mereka menyatakan imam itu samalah dengan orang suci yang boleh melihat dalam mimpi apa yang akan berlaku beza mereka dengan nabi, nabi boleh melihat dalam sedar atau jaga. Dan beza imam dengan nabi itu juga ialah imam tidak menerima wahyu, nabi pula menerima wahyu.

Konsep Kiamat

- Batiniah ini menafikan kiamat, pada mereka tuhan tidak bodoh menciptakan alam dengan cantik kemudian memusnahkannya. Tanda atau alamat Kiamat adalah dengan munculnya imam, antara lain golongan ini mengingkari adanya Mahsyar, Bangkit,dari kubur, Syurga dan Neraka dan semua itu ditakwilkan mereka.

Taklif Syarak 

- Menurut Al-Ghazali, Batiniah mengingkari adanya hukum taklif yang 5, iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus, bagi mereka semua hukum itu harus,menurut mereka kalaulah mengikut syarak hendaklah mengikut imam, bukan mazhab seperti: Mazhab Hambali,Maliki, Hanafi dan Syafie. Apabila ditinjau dari sudut batin itu sendiri maka tiadalah ikatan taklif

Contoh tafsiran Batiniah

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ المْيْتَةُ
Terjemahan: Diharamkan kepada kamu (memakan bangkai binatang yang tidak disembelih)
Surah al-Maidah 3

Kami dan kamu tidak boleh makan daging sembelihan sehinggalah binatang itu mati, antara lain ikan tidak boleh dimakan sehinggalah ianya mati, untuk itu sesudah Nabi wafat maka tidak boleh ditegakkan syariatnya lagi. Kita mesti patuh terhadap guru kita sahaja. Kerana ia adalah Hujah Allah.

وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَرُواْ..

Terjemahan : ...dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.
Surah al-Maidah 6

Ayat tersebut ditafsirkan sebagaimana berikut: iaitu sekiranya kamu sekalian tidak mengetahui mengenai ilmu batin, maka hendaklah kamu mempelajarinya. Maka ketahuilah bahawa ilmu batin itu menghidupkan jiwa,sebagaimana air menghidupkan badan.

Tiada yang baik mengenai ajaran Batiniah ini melainkan ianya hanya memesongkan akidah umat islam secara halus.
Read More

Rabu, 30 September 2009

Mazhab Akidah Qadariah, Jabariah, dan Muktazilah

Penghujung abad pertama Hijrah berlaku beberapa fahaman menyebabkan kafir mengkafirkan sesama islam dan sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat islam serta muncul beberapa mazhab yang cuba mentajsimkan atau mentasyhbihkan sifat ALLAH sehingga terpesong dari akidah islam, beberapa mazhab yang dapat penulis kongsi disini antaranya:

Qadariah

Qadariah dinisbahkan dari perkataan Qudrat. Golongan ini beriktikad bahawa segala perbuatan manusia itu samada baik atau buruk adalah lahir dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri, tiada hubung kait dengan kuasa ALLAH, pengasas mazhab ini ialah Ma’bad ibn Khalid al Juhani dan Ghailan al-Dimasyqi. Mazhab ini lahir di Basrah oleh sebab pertikaian umat islam tentang persoalan qada dan qadar ALLAH, nama mazhab ini diambil dari al-qadar. Mereka mengatakan bahawa segala usaha dan perbuatan manusia itu terjadi dengan kehendak mereka sendiri. Antara lain mengenai iktikad qadariah ini ialah:
a. Manusia bebas melakukan sesuatu mengikut kemahuan yang kesannya adalah dari manusia, akan tetapi dengan qudrat yang diberikan ALLAH kepada manusia.
b. Percaya ALLAH tidak membuat apa-apa takdir kepada manusia
Iktikad ini tidak tepat kerana setiap perbuatan manusia kebanyakan tidak tercapai dimana jika manusia itu berkuasa mestilah tiada yang sakit, hidup kemiskinan sengsara dan sebagainya. Fahaman ini adalah melampau sama sekali.

Jabariah

Berasal dari perkataan al-jabr atau jabrun yang bermaksud tergagah atau digagahi. Muncul di Kufah pada zaman pemerintahan Umaiyah yang dibawa oleh seorang lelaki bernama Jaham ibn Safuan dari Khurasan, mazhab ini beriktikad bahawa manusia itu dipaksa dan digagahi sepenuhnya oleh ALLAH, manusia itu langsung tidak berkemampuan melainkan ALLAH dan manusia seperti kapas dan debu yang ditiup angin. Segala buruk dan baik itu ALLAH yang melakukannya ke atas manusia. Antara lain mazhab Jabariah mengatakan:

a. Syurga dan neraka tidak kekal kerana yang kekal adalah zat ALLAH sahaja, kekal yang di dalam al-Quran itu bermaksud lama sahaja
b. Kitab ALLAH baru
c. Allah tidak dapat dilihat pada hari akhirat kelak
Ini kerana mereka berpegang kepada firman ALLAH:

اللهُ خَلِقُ كُل شَيْء ٍ(الزمر 62)
Terjemahan : ALLAH yang menciptakan tiap-tiap sesuatu….

Muktazilah

Berasal dari perkataan I’tazlaa yang bermaksud mengasingkan diri dari puak, lahir semasa kurun kedua Hijrah dan diasaskan oleh Wasil ibn ‘Ata’ yang keluar dari halaqah imam Hasan al- Basri yang tidak sependapat dengan gurunya tentang masalah dosa besar, bagi Wasil orang yang melakukan dosa besar tidak mukmin dan tidak kafir, akan tetapi mereka berada di satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain atas dasar tersebut mereka menubuhkan mazhab baru dan bergantung kepada 5 prinsip mereka iaitu:

a. al tauhid
b. al-Adl
c. al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)
d. satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain
e. al-Amr bi al-ma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.

Prinsip pertama (tauhid)

- menafikan sifat azali ALLAH mengatakan semua sifat ALLAH itu baru
- menafikan azali kalam ALLAH dan al-quran itu baru
- ALLAH tidak dapat dilihat di hari akhirat

Prinsip kedua (al-Adl)

-manusia betanggungjawab ke atas perbuatan mereka dan ALLAH tidak mencipta perbuatan manusia samada baik atau buruk, hanya kudrat diberi kepada manusia untuk membuat pilihan melakukan atupun tidak, segala keburukan ALLAH tidak bertanggungjawab,dengan prinsip ini mereka menggelarkan diri mereka ahli tauhid dan keadilan.

Prinsip ketiga (al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)


- golongan ini yakin bahawa ALLAH wajib tunaikan janjinya, amalan baik akan mendapat pahala, amalan buruk akan mendapar dosa dan ditempatkan di neraka,tuhan tidak boleh memungkiri janji, bagi mereka yang melakukan dosa besar mereka tidak diampun melainkan bertaubat,orang yang baik tidak boleh dihalang dari mendapat pahala.

Prinsip keempat (satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain)

Prinsip yang paling penting dalam Muktazilah,golongan ini beriktikad bahawa melakukan dosa besar selain syirik tidak mukmin dan tidak kafir tetapi mereka mengambil jalan tengah dengan mengatakan ‘fasik’. Maksiat bagi mereka terbahagi dua iaitu 1. Syirik: hukumnya kafir 2. Melakukan dosa besar hukumnya fasik

Prinsip kelima (al-Amr bi al-Alma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.)

Berkait rapat dengan taklif hukum fiqh dan kepercayaan atau tauhid, mereka berdakwah kepada orang yang jahil dan sesat serta tanpa segan silu mereka melakukan hukuman bunuh walaupun sesama islam jika orang menyalahi pendirian mereka.

Pengaruh dari ahli falsafah Yunani menyebabkan golongan ini melampau dalam tauhid dan tanzih dalam ajaran islam yang sebenar.

Read More