U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Isnin, 29 Jun 2009

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal, mugkin boleh pakai juga sikit-sikit. Jangan percaya sangatla.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir


1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual

- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama 'sumpah-sumpah' yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Read More

Isnin, 22 Jun 2009

Kisah Nabi Musa & Bani Israel


Bani Israel dengan Firaun

Terlalu banyak nikmat yang telah dikufuri oleh Bani Israel dari dahulu sehingga sekarang, pada zaman Firaun Bani Israel hidup dalam ketakutan, mereka disuruh melakukan kerja-kerja yang mereka tidak dapat lakukan, Firaun membunuh anak lelaki mereka,dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup. Firaun turut menyiksa dan tidak membenarkan golongan ini tinggal di tempat yang bersih. Sehinggalah datang Nabi Musa Alaihissalam yang diutuskan Allah untuk menyelamatkan Bani Israel.

Bani Israel dengan Nabi Musa

Atas permintaan Nabi Musa,Allah mengutuskan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa bagi membantu kerja dakwah mereka, Nabi Musa menemui Firaun dan menyampaikan dakwah,namun begitu dakwah beliau gagal. Dipendekkan cerita Firaun bersama pengikutnya tenggelam di Laut Merah kerana mengejar Nabi Musa dan Bani Israel, bermulalah episod perjalanan Nabi Musa bersama Bani Israel ke semenanjung Sinai , dia antara perkara yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut:

1- Bani Israel mula merungut kelaparan, keletihan dan kepanasan yang membakar kulit mereka. Nabi Musa menyuruh mereka bersyukur kerana selamat dari Firaun yang kejam, Nabi Musa berzikir dan akhirnya mereka berjalan dengan awan melindungi dari panas.

2- Bani Israel merungut lagi, mereka mengatakan Mesir lagi baik dari Padang Pasir yang panas dan membuatkan mereka kelaparan, Nabi Musa menyuruh mereka bersyukur dan menyembah Allah yang menyelamatkan mereka dan mengutuskan awan yang melindungi mereka, Bani Israel terus kufur dan menyuruh Nabi Musa meminta makanan dari Allah, dengan izin Allah mereka dapat menikmati makanan yang lazat yang digelar manna(sejenis manisan lebih sedap dari madu) wa salwa(sejenis burung),pun begitu mereka tidak bersyukur dengan mengatakan mereka tidak mahu manna wa salwa akan tetapi mereka mahukan dal, ful,kacang, dan bawang, Nabi Musa Hairan seraya berkata “sesungguhnya kamu lebih suka benda yang lebih rendah nilainya dari manna dan salwa.

3- Berkata lagi Bani Israel yang kufur, “ kami mahu pulang ke Mesir, disana ada sungai Nil dan airnya sedap, kami dahaga dan hampir mati”,mereka menyuruh Nabi Musa mohon kepada Allah, Nabi Musa memohon kepada Allah, Bani Israel tersebut mempunyai 12 kumpulan, Allah menyuruh Nabi Musa memukul batu dengan tongkatnya maka terpancarlah dari batu 12 mata air,setiap kumpulan mendapat 1 mata air,namun begitu mereka masih belum mahu menyembah Allah, malah terus kufur

4- Dalam perjalanan mereka bertemu pula dengan golongan yang menyembah berhala,lalu mereka turut menyembah berhala tersebut, mereka berkata, “wahai Musa, mereka ada tuhan, mereka boleh pegang dan lihat tuhan mereka, tapi dimana tuhan kita? Terkejut Nabi Musa lantas mengingatkan kepada mereka mengenai nikmat-nikmat yang Allah telah beri kepada mereka,mereka malu dan diam. Akan tetapi mereka meminta sesuatu yang lebih sukar, mereka memohon suhuf dari Nabi Musa sepertimana suhuf Nabi Ibrahim, mereka menyangka permintaan mereka itu mudah..Nabi Musa bersembahyang dan berzikir sehingga Allah memberi ilham supaya Nabi Musa beribadat di padang pasir yang tiada seorang pun boleh melihatnya kecuali Allah.

Bani Israel dan Nabi Harun

Nabi Musa telah berpesan kepada Nabi Harun bahawa baginda akan pergi jauh untuk tujuan ibadat dan memohon kepada Allah sebuah kitab untuk Bani Israel yang dapat membantu mereka. Nabi Harun menjalankan amanah yang diberikan oleh Nabi Musa, Bani Israel mentertawakan Nabi Harun dengan mengatakan Nabi Harun ditinggalkan oleh saudaranya Musa.“ berkata Bani Israel, “ mengapa Musa mencari tuhan untuk kami?dia mempunyai tuhan tetapi kami tidak, kami mahu tuhan seperti yang dilihat dari golongan lain!”jawab Nabi Harun “Mengapa kamu menyembah tuhan selain Allah, tuhan mereka tidak boleh memberikan kebaikan dan keburukan, mereka cuma menyembah batu sahaja.” Sesungguhnya Bani Israel telah lupa dan kufur dengan nikmat Allah, mereka tidak mengikut kata-kata Nabi Musa dan Harun, mereka menyatakan mereka tidak menyembah patung batu tetapi mereka mahu menyembah patung dari emas.

Bani Israel membawa banyak emas ketika lari dari Firaun, mereka meleburkan emas dan membuat patung lembu dari emas yang dicadangkan oleh seorang yang bernama Samiri, sementara itu Nabi Musa terus beribadat kepada Allah, Nabi Musa memerhatikan bintang dan bulan yang tergantung di langit , siapakah yang membuatnya? “ Dia adalah tuhanku dan tuhan Bani Israel”, kemudian dilihat pula terang yang akhirnya hilang dan menjadi gelap, siapakah yang membuatnya? “Dia adalah tuhanku dan tuhan Bani Israel”,bisik Nabi Musa. Nabi Musa beribadat, berzikir, berpuasa dan memerhatikan alam sepanjang masa selama 30 hari.

Nabi Musa lupa akan saudaranya Harun dan Bani Israel kerana fikirannya hanya kepada Allah, pada mulanya Allah menjanjikan 30 hari, kemudian dia menambah lagi ibadat Nabi Musa sebanyak sepuluh hari menjadikannya genap 40 hari, setelah itu Nabi musa naik ke bukit dan meminta untuk melihat Allah, Allah menunjukkan kekuasaannya terhadap sebuah bukit, hancur berkecai bukit tersebut dan Nabi Musa pengsan,tidak tergambar Nabi Musa jika Allah muncul tentu lebih dahsyat.

Nabi Musa bertaubat dan tidak meminta melihat Allah lagi, dan menjadi orang dari kalangan Bani Israel yang pertama beriman kepada Allah(surah Al-A’raf 143-144). Nabi Musa mengutip kepingan batu dan kayu yang mengandungi isi taurat, dan bersyukur kepada Allah atas pemberian itu. Apa pula yang berlaku pada Bani Israel dan Nabi Harun dan setelah Nabi Musa pulang??

Anda buka surah Al-Baqarah ayat 40 dan ke atas..

Read More

Selasa, 16 Jun 2009

Pusat Hiburan Pahang (satu kritikan)


Beberapa hari yang lepas heboh dalam akhbar menyatakan satu pusat hiburan dan snooker akan ditubuhkan di Tasik Chini Pahang, penulis yang membesar di Pahang agak terkejut dengan berita ini. Apa tidak cukupkah Genting Highland yang menjadi antara pusat casino terbesar di Asia,tidak cukup lagikah pusat-pusat hiburan di bandar Kuantan sehingga Kuantan digelar Hatyai Pantai Timur? Ditambah pula kebanyakan FELDA di negeri Pahang yang remajanya terjebak dalam masalah sosial yang melampau.


















Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran penulis apabila mendengar berita ini, Pahang antara negeri terbesar di semenanjung, kaya dengan pokok-pokok balak, sawit dan getah, rakyat Pahang sepatutnya bersyukur dengan apa yang diberikan ALLAH kepada mereka, bukanlah dengan membelanjakan wang yang ada untuk tujuan kemaksiatan.

Setelah penulis mengkaji, apa yang penulis boleh berkongsi disini kebanyakan bandar-bandar di Pahang adalah bandar ‘mati’, iaitu bandar yang tidak aktif di waktu malam seperti bandar-bandar besar lain, aktif yang dimaksudkan disini ialah meriah dengan manusia yang berkeliaran samada dengan pasangan atau tidak di bawah lampu, pusat hiburan, cyber cafe, pusat snooker, dan menjadikan jalanraya sebagai tempat beraksi ala ‘jaguh jalanan’, barangkali inilah yang mereka mahukan dengan apa yang dirancang oleh mereka.







casino genting..













haiya! boleh judi sampai pagi woo!














Dalam hal ini rakyat negeri Pahang sepatutnya membuka mata dan berpandangan lebih jauh apakah dengan adanya pusat-pusat hiburan tersebut boleh menguntungkan mereka?adakah dengan adanya perkara seumpama itu mengundang berkat dari ALLAH?bahkan tidak! Tiada kebaikan langsung yang boleh diperolehi dengan adanya pusat hiburan selain menguntungkan pihak penganjur, sebaliknya penubuhan pusat hiburan sebegini mengundang:


1- Masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah

2- Masalah penzinaan

3- Penyalahgunaan dadah, ecstacy, dan segala bentuk pil

4- Penzinaan yang akhirnya menjadi kes pembuangan bayi

5- Remaja lebih suka membuang masa daripada menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah

6- Membuka ruang untuk melakukan jenayah: mengedar dadah, pelacuran, dan sebagainya

7- Membazir kerana hasil pendapatan hanya dihabiskan untuk melakukan aktiviti tidak berfaedah


Banyak lagi perkara yang mendatangkan keburukan daripada kebaikan jika projek ini mendapat kelulusan. Cukuplah kekebalan Genting sebagai pusat casino, usahlah ditambah kepanasan bumi Pahang dan gegaran yang kerap berlaku di Kampung Janda Baik menanggung apa yang penduduknya lakukan, bukankah lebih baik memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan gejala sosial dan keruntuhan akhlak anak negeri Pahang daripada ditambah dengan perkara yang boleh merosakkan lagi akhlak pemuda-pemudinya umpama memakai ‘kain buruk ditambah lagi dengan koyak.’


Moralnya: Fikir sendirila rakyat Pahang!jangan sibuk mahu merawat negeri orang tapi negeri sendiri berbau najis: pepatah baru dari : ’ walia singh karam di laut’

Read More