U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Selasa, 25 Ogos 2009

Gambar Sekolah di Sebuah Negeri "Gelombang Biru"

Inilah realiti sekolah di salah sebuah negeri "Gelombang Biru", semua sekolah di negeri ini hatta di Bandar sekalipun lebih kurang begini rupanya..



















Bilik guru dan pentadbiran



















Kantin seperti kedai kopi



















Alhamdulillah sekolah ni ada juga surau berbanding sekolah lain yang tiada



















Kuarters ktbm



















Salah sebuah kelas,kalau hujan air masuk tak boleh belajar



















Kawasan ni saja la yang cantik dipandang mata

Tertanya2 dalam hati, bilakah sekolah2 di negeri ini akan bertukar wajah seperti sekolah-sekolah di negeri lain.
Read More

Gambar Handset Lama..

Ni la handset saya yang pertama..susahnya nak dapatkan sebuah handset, saya bermandikan peluh di kilang getah, bercampur bau getah yang sangat meloyakan,sekarang handset ni tak boleh digunakan lagi dek kerana tuan baru tak menjaganya dengan baik,habis kembung baterinya. Banyak kenangan saya bersama handset ini..










































































Read More

Selasa, 18 Ogos 2009

H1n1 satu konspirasi atau malapetaka??

Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang dan menjadi igauan ngeri seluruh dunia iaitu virus selesema babi yang boleh membawa maut hanya dalam masa 24 jam. Setakat ini belum ada penawar yang boleh melawan virus ini apatah lagi apabila ianya bermutasi dengan penyakit yang sedia ada dalam tubuh manusia. Tidak banyak yang dapat penulis rungkaikan mengenai wabak ini, pada penulisan lepas penulis berkongsi mengenai virus nipah ataupun JE yang menyerang Malaysia tahun 1999. Serba sedikit mengenai H1n1 ini hanyalah diperolehi setelah membaca dan berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat.












gambar virus dalam tubuh manusia

Kehidupan haiwan juga seperti manusia,perlukan makanan, tempat tinggal, pasangan dan juga terdedah kepada penyakit, tahun lepas kita dikejutkan dengan SARS, selesema burung, tahun ini datang lagi satu bala bencana berbentuk selesema iaitu selesema babi, sudah ALLAH haramkan manusia dari makan binatang tersebut,kedegilan manusialah punca segalanya..

Firman ALLAH:





Maksudnya:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)………

Pendapat seorang sahabat penulis mengatakan satu mesyuarat doktor-doktor berpendapat bahawa selesema babi ini adalah konspirasi Amerika, mereka mencipta satu virus yang boleh menyebabkan kematian dengan pantas, dan kemudian mereka membuat vaksin yang boleh menyembuhkan pesakit, ini bertujuan menaikkan kembali kewangan negara mereka yang kian merudum, melalui cara menjual vaksin tersebut ke seluruh dunia ekonomi negara mereka pulih kembali, apakah benar??mungkin ada benarnya kerana Yahudi
ini sentiasa mempunyai rancangan mereka yang tersendiri.

Penulis tidak mahu memanjangkan cerita mengenai selesema babi ini, apa yang penulis mahu berkongsi dengan pembaca adalah ingatan kita pada ALLAH, sebenarnya semua perkara adalah dari ALLAH, jika selesama babi adalah konspirasi siapakah yang memberi ketentuan konspirasi tersebut berjaya??dari mana datangnya semua itu?semua perkara datang dari ALLAH dengan ada sebabnya yang tersendiri, ALLAH tidak akan membuat sesuatu tanpa ada sebabnya, melainkan menyuruh hambanya berfikir.

Peristiwa 26 Disember 2004 mungkin segar dalam ingatan kita, bagaimana ALLAH menghantar ombak besar menggulung di negara kita, Sri Lanka, Thailand dan yang paling terkesan iaitu Acheh. Mengapa di negara Acheh yang orang islamnya ramai yang paling terkesan dengan bencana tersebut?sehinggakan ALLAH tinggalkan sebuah masjid yang berdiri kukuh sahaja kepada mereka?tidak terfikirkah kita??begitulah sifat ALLAH yang kita perlu tahu, jika dia mengkehendaki sesuatu maka dia berkuasa terhadap sesuatu, tanpa perlukan sokongan sesiapapun kerana ALLAH itu sifatnya 'berdiri dengan sendiri'.

Read More

Pasar Tamu Kota Belud

.........sayang-sayang kita pergi tamu Jalan Tamparuli hati saya rindu...petikan lagu Sayang Kinabalu.. Penulis kali ini ingin memaparkan cerita Pasar Tamu yang selalu diperkatakan orang terutama mereka yang pernah berkunjung ke negeri Sabah ini, Pasar Tamu jika di Semenanjung mungkin dikenali sebagai pekan sehari,pun begitu keadaan Pasar Tamu di Kota Belud ini agak berbeza dengan semenanjung, ruang pasar yang besar,pelbagai barangan yang dijual, dari pakaian, alat perhiasan, kraftangan, makanan, senjata, sayur-sayuran, ikan, ayam, tumbuh-tumbuhan, dan pelbagai lagi barangan yang boleh didapati di sini.







































































Banyak lagi photo yang penulis tidak upload, mungkin di lain masa nanti.
Read More