U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Rabu, 30 September 2009

Mazhab Akidah Qadariah, Jabariah, dan Muktazilah

Penghujung abad pertama Hijrah berlaku beberapa fahaman menyebabkan kafir mengkafirkan sesama islam dan sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat islam serta muncul beberapa mazhab yang cuba mentajsimkan atau mentasyhbihkan sifat ALLAH sehingga terpesong dari akidah islam, beberapa mazhab yang dapat penulis kongsi disini antaranya:

Qadariah

Qadariah dinisbahkan dari perkataan Qudrat. Golongan ini beriktikad bahawa segala perbuatan manusia itu samada baik atau buruk adalah lahir dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri, tiada hubung kait dengan kuasa ALLAH, pengasas mazhab ini ialah Ma’bad ibn Khalid al Juhani dan Ghailan al-Dimasyqi. Mazhab ini lahir di Basrah oleh sebab pertikaian umat islam tentang persoalan qada dan qadar ALLAH, nama mazhab ini diambil dari al-qadar. Mereka mengatakan bahawa segala usaha dan perbuatan manusia itu terjadi dengan kehendak mereka sendiri. Antara lain mengenai iktikad qadariah ini ialah:
a. Manusia bebas melakukan sesuatu mengikut kemahuan yang kesannya adalah dari manusia, akan tetapi dengan qudrat yang diberikan ALLAH kepada manusia.
b. Percaya ALLAH tidak membuat apa-apa takdir kepada manusia
Iktikad ini tidak tepat kerana setiap perbuatan manusia kebanyakan tidak tercapai dimana jika manusia itu berkuasa mestilah tiada yang sakit, hidup kemiskinan sengsara dan sebagainya. Fahaman ini adalah melampau sama sekali.

Jabariah

Berasal dari perkataan al-jabr atau jabrun yang bermaksud tergagah atau digagahi. Muncul di Kufah pada zaman pemerintahan Umaiyah yang dibawa oleh seorang lelaki bernama Jaham ibn Safuan dari Khurasan, mazhab ini beriktikad bahawa manusia itu dipaksa dan digagahi sepenuhnya oleh ALLAH, manusia itu langsung tidak berkemampuan melainkan ALLAH dan manusia seperti kapas dan debu yang ditiup angin. Segala buruk dan baik itu ALLAH yang melakukannya ke atas manusia. Antara lain mazhab Jabariah mengatakan:

a. Syurga dan neraka tidak kekal kerana yang kekal adalah zat ALLAH sahaja, kekal yang di dalam al-Quran itu bermaksud lama sahaja
b. Kitab ALLAH baru
c. Allah tidak dapat dilihat pada hari akhirat kelak
Ini kerana mereka berpegang kepada firman ALLAH:

اللهُ خَلِقُ كُل شَيْء ٍ(الزمر 62)
Terjemahan : ALLAH yang menciptakan tiap-tiap sesuatu….

Muktazilah

Berasal dari perkataan I’tazlaa yang bermaksud mengasingkan diri dari puak, lahir semasa kurun kedua Hijrah dan diasaskan oleh Wasil ibn ‘Ata’ yang keluar dari halaqah imam Hasan al- Basri yang tidak sependapat dengan gurunya tentang masalah dosa besar, bagi Wasil orang yang melakukan dosa besar tidak mukmin dan tidak kafir, akan tetapi mereka berada di satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain atas dasar tersebut mereka menubuhkan mazhab baru dan bergantung kepada 5 prinsip mereka iaitu:

a. al tauhid
b. al-Adl
c. al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)
d. satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain
e. al-Amr bi al-ma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.

Prinsip pertama (tauhid)

- menafikan sifat azali ALLAH mengatakan semua sifat ALLAH itu baru
- menafikan azali kalam ALLAH dan al-quran itu baru
- ALLAH tidak dapat dilihat di hari akhirat

Prinsip kedua (al-Adl)

-manusia betanggungjawab ke atas perbuatan mereka dan ALLAH tidak mencipta perbuatan manusia samada baik atau buruk, hanya kudrat diberi kepada manusia untuk membuat pilihan melakukan atupun tidak, segala keburukan ALLAH tidak bertanggungjawab,dengan prinsip ini mereka menggelarkan diri mereka ahli tauhid dan keadilan.

Prinsip ketiga (al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)


- golongan ini yakin bahawa ALLAH wajib tunaikan janjinya, amalan baik akan mendapat pahala, amalan buruk akan mendapar dosa dan ditempatkan di neraka,tuhan tidak boleh memungkiri janji, bagi mereka yang melakukan dosa besar mereka tidak diampun melainkan bertaubat,orang yang baik tidak boleh dihalang dari mendapat pahala.

Prinsip keempat (satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain)

Prinsip yang paling penting dalam Muktazilah,golongan ini beriktikad bahawa melakukan dosa besar selain syirik tidak mukmin dan tidak kafir tetapi mereka mengambil jalan tengah dengan mengatakan ‘fasik’. Maksiat bagi mereka terbahagi dua iaitu 1. Syirik: hukumnya kafir 2. Melakukan dosa besar hukumnya fasik

Prinsip kelima (al-Amr bi al-Alma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.)

Berkait rapat dengan taklif hukum fiqh dan kepercayaan atau tauhid, mereka berdakwah kepada orang yang jahil dan sesat serta tanpa segan silu mereka melakukan hukuman bunuh walaupun sesama islam jika orang menyalahi pendirian mereka.

Pengaruh dari ahli falsafah Yunani menyebabkan golongan ini melampau dalam tauhid dan tanzih dalam ajaran islam yang sebenar.

Read More

Jumaat, 11 September 2009

Kesilapan Seorang Isteri


Cerita ini mengenai percintaan sepasang kekasih yang berakhir dengan perkahwinan, selepas berkahwin hidup mereka semakin bahagia sebagai suami isteri, tidak ada pergaduhan, perselisihan faham atau apa-apa petunjuk yang boleh meruntuhkan rumahtangga mereka. Pasangan ini saling memahami dan gigih memajukan perniagaan mereka.

Apabila si suami pulang dari bekerja, si isteri selalu menghulurkan air dan mengurut si suami yang keletihan, menyediakan makanan dan sebagainya, apabila tiba waktu solat pula si suami tidak pernah lupa mengejutkan isteri dari tidur dan mengingatkan isteri, begitulah kehidupan mereka seharian sehingga mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Beberapa tahun kemudian perniagaan suaminya semakin maju, banyak syarikat yang mahu bekerjasama dan melabur di syarikat suaminya. Oleh kerana kerja yang terlalu banyak si suami mula pulang lewat dari pejabat, pada awalnya si isteri masih lagi memahami akan kerjaya suami, namun akhirnya si isteri mula merasai hubungan mereka kian renggang di sebabkan kerjaya suaminya. 

Walaupun sibuk bekerja,si suami tidak pernah lupa akan tanggung jawabnya terhadap keluarga, hakikatnya si suami selalu mendoakan kesejahteraaan mereka. Si isteri mula menyimpan curiga terhadap suami. Tekanan mula dirasai oleh isteri dek kerana suami yang sudah mula “outstation” setiap bulan, walaupun kadangkala dibawanya bersama tidak juga menghapuskan rasa curiga isterinya. Si suami sebenarnya menyedari sikap isterinya yang ragu terhadap dirinya. Pun begitu demi menjaga kebahagiaan si suami tidak pernah membalas rungutan isteri terhadapnya.

Sehinggalah pada suatu hari si suami keluar atas urusan kerja selama beberapa minggu, si isteri yang tidak tahan lagi dengan sikap suaminya menghantar mesej memohon izin keluar dari rumah untuk mencari ketenangan dan memikirkan masalah rumahtangga mereka seumpama retak menanti belah,si suami memberi peluang kepada si isteri berfikir.  Si  isteri membawa anak keluar dari rumah dan menyewa di salah sebuah kondominium bagi menghilangkan tekanan dan memikirkan langkah seterusnya. Setelah mendapat keputusan si isteri menghantar mesej dan memberitahu si suami supaya menyenaraikan 10 keburukan tentang dirinya yang tidak disukai suaminya dan dia akan menyenaraikan 10 keburukan tentang suaminya yang tidak disukainya dan mereka akan berjumpa di tempat mula-mula mereka bertemu. Ambang keretakan rumahtangga mula di rasai, si isteri dengan pantas menulis semua 10 perkara yang buruk yang ada pada suaminya yang tidak disukainya.. antara yang ditulis isteri adalah seperti berikut:

-          Abang tidak menghargai saya sebagai isteri abang
-          Abang seorang yang mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan keluarga
-          Abang tidak menyayangi saya sebagai seorang isteri yang sentiasa taat kepada abang
-          Abang lebih senang berada di pejabat daripada di rumah bersama kami
-          Abang lupa akan kasih sayang yang saya curahkan dan lupa bahawa saya telah melahirkan zuriat abang


Itulah antara coretan 10 perkara buruk yang si isteri tidak suka terhadap suaminya, sampai waktu yang dijanjikan mereka, mereka bertemu di tempat cinta pertama mereka berputik. Suasana tidak lagi seperti keadaan mereka bertemu pertama kali dahulu, dalam suasana sayu itu kedua-duanya terdiam, setelah masing-masing menyerahkan kertas yang dibawa, si isteri berpaling dan terus berjalan pergi tanpa menoleh ke arah suaminya lagi, si suami memandang kelibat isteri dalam kekaburan malam dengan perasaan sayu, si isteri menyimpan kertas tersebut kerana memikirkan tentu banyak perkara buruk yang ditulis suaminya tentangnya.
Tiba-tiba berdering telefon bimbit si isteri, setelah memperkenalkan diri,
“Maaf puan, suami puan terlibat dalam kemalangan dan beliau meninggal di tempat kejadian,” desis suara di hujung talian.
Si isteri antara terkejut dan tidak mendengar berita berkenaan, setelah beberapa hari mayat suaminya selamat dikebumikan,  si isteri tergerak hati membaca apakah 10 keburukan yang ditulis oleh arwah terhadap dirinya..perlahan-lahan dibuka kertas tersebut dengan sedikit debaran..apabila terbuka isinya berhamburlah airmata si isteri apabila melihat apa yang ditulis suaminya…


“ Sepanjang saya hidup denganmu tiada apa keburukan pada dirimu melainkan setiap masa saya merasai kebahagiaan yang tidak terhingga..”
Read More

Selasa, 8 September 2009

Ustaz Bila Lagi?


Hari ini kali kedua saya bercakap di perhimpunan sekolah. 3 perkara yang saya ucapkan hari ini adalah:

1. Mengenai virus selesema babi, sempat saya memberi doa hari ini untuk dibaca oleh semua kelas
2. Perkara kedua bersempena Ramadhan ini saya telah membuat kuiz Ihya Ramadhan dan bagi tahap 2, Alhamdulillah disambut baik oleh semua murid, selepas waktu rehat semua soalan telahpun selamat diambil oleh murid-murid, dan sebelum pulang sudahpun ada sebahagian murid tahun 4 menghantar jawapan mereka.
3. Perkara ketiga saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada esok hari.

Masuk kelas hari ini saya mengajar Surah Al-Ikhlas, masalah pertama saya terima hari ini kesukaran seorang anak murid menyebut ALLAH.. Puas saya tikrarkan dia, tidak juga dapat menyebut, sekali-sekala betul bila ditikrarkan lagi sudah berbalik semula pada asal. Susah sangat saya ambik pendekatan memegang rahang mulutnya dan suruh dia tikrarkan lagi perkataan tersebut. Masih juga tidak boleh, akhirnya saya menyuruhnya tikrarkan lagi di rumah. Esok mungkin boleh atau tidak lagi..cabaran..

Habis kelas sebelum rehat saya mengatur langkah ke perpustakaan, sambil berbual-bual di sana bersama guru-guru lelaki, sedar tidak sedar hampir pukul 12 tengah hari, saya memasukkan laptop ke dalam beg dan menuju ke bilik guru, masih berbaki masa ketika di sana, saya duduk di kerusi sambil memetik 'games' handset, datang Guru Besar masuk ke bilik guru, sambil duduk di kerusi salah seorang guru.

"Ustaz!, kau bila lagi?" "orang lain hantar tunang sudah" kata guru besar dengan nada berseloroh..
Geli hati saya mendengar, buat-buat faham dan tidak saya hanya tersenyum kepada beliau tanpa sepatah kata pun. Tersentak juga saya dengan soalan beliau, soal kahwin siapalah yang tidak mahu, akan tetapi memikirkan kembali banyak lagi halangan yang perlu ditempuh, diri terasa banyak lagi kekurangan, alam perkahwinan bukan perkara yang boleh dipandang remeh, persediaan untuk berkeluarga dan sebagainya perlu diambil kira. Buat masa ini saya cuma berdiam diri, sampai masa betul-betul nanti barulah berbunyi..

"Persoalan calon sudah ada ke?" pernah juga saya ditanya soalan sedemikian, itupun saya balas dengan senyuman, mungkin senyum sebab sudah ada?atau mungkin belum ada?jawapannya?????? senyum lagi...

Hmmm..berfikir saya semasa menaiki motor pulang ke rumah.. perkara yang saya kira wajib saya tunaikan,INSYAALLAH.. Semua makhluk yang ALLAH ciptakan itu berpasangan sebagaimana ALLAH menjadikan Nabi Adam dengan pasangannya Hawa begitulah kita sebagai cucu cicit Nabi Adam dan Hawa.
Firman ALLAH dalam surah AN NISA ayat 1 :  

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١)



Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Read More

Jumaat, 4 September 2009

ABMKU

Oleh kerana anak murid yang sedikit banyak masa penulis yang terluang, bagi memenuhi masa tersebut penulis banyak membuat ABM, Ini kerana faktor anak murid cepat memperolehi apa yang di ajar oleh guru antaranya ialah ABM, pengajaran berasaskan kad perkataan, carta,gambarajah, laptop, muzik,permainan , amali, semuanya telah dicuba, dan hasilnya cukup berkesan, mungkin ada segelintir murid kita kadangkala agak lambat penerimaan mereka, apa yang perlu bagi seorang pendidik adalah kesabaran dan usaha yang berterusan bagi meningkatkan prestasi mereka.




















Inilah meja penulis di sekolah bersepah dengan ABM kiri dan kanan meja



















ABM yang di tepi tu ABM Bahasa Arab bawah tajuk Fil-Madrasati, tajuk ini berkesan setelah penulis menyuruh anak murid tampal semua kad mengikut apa yang tertulis di kad tersebut.



















Yang bertali hijau tu ABM Bahasa Arab juga, di bawah tajuk Usrati, untuk tajuk ini teknik yang digunakan adalah dengan menyangkutkan ABM tersebut dan berlakon menjadi ayah, ibu, kakak, dan abang..



















Ini latihan bagi tajuk Usrati



















Malabisi, ini tajuk terakhir bagi anak murid penulis. Pendekatan mudah kerana semua perkara adalah yang berada di badan mereka dan mereka memakainya. Mudah untuk diingati.



















































































Lukisan bagi tajuk Malabisi












































































Kalau dilihat tidaklah secantik mana pun ABM yang dibuat, apa yang penting, perkara yang disampaikan kepada murid jelas dan murid dapat mencapai tahap di akhir pembelajaran tersebut mengikut langkah yang dirancang.
Read More

Rabu, 2 September 2009

Rinduku Pada Al-Ansar

Teringat tempat mula-mula mengajar dulu, sudah berapa bulan tidak berkunjung ke MAAHAD ini sejak dihantar ke Sabah. MAAHAD Tarbiyyah Al-Ansar ini di namakan sempena nama kampung tersebut. terletak kira-kira 10 kilometer dari Kuala Selangor dan 9 kilometer dari Bestari Jaya atau dulu dikenali sebagai Batang Berjuntai. Pada asalnya sekolah ini adalah sekolah pondok, dan kemudian ditukar kepada sekolah swasta dan mengambil sukatan pelajaran dari Yayasan Islam Kelantan. Selain itu pelajaran akademik juga turut dimasukkan. Pengasas sekolah ini ialah Allhayarham Tuan Hj Zakaria Ansari, beliau adalah seorang yang gigih membangunkan Al-Ansar sebagai sebuah sekolah yang pelajarnya ditarbiyyah dengan nilai agama islam yang tinggi. Hj Zakaria yang juga merupakan salah seorang dari AJK Dewan Ulama sangat dihormati oleh guru dan masyarakat sekeliling, beliau seorang yang tegas terutama dalam hal agama dan seorang yang penyayang. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada penghujung tahun 2007. Kehilangan beliau amat dirasai masyarakat Al-Ansar. Kini MAAHAD Tarbiyyah Al-Ansar dipimpin oleh anak angkat beliau iaitu Ustaz Rosazli b. Mat Yasin.



















Allahyarham Tuan Hj. Zakaria Al-Ansari



















Kenangan penulis menjadi guru di MAAHAD



















Kenangan bersama pelajar




















Semasa hari Raya Korban







Read More