U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Sabtu, 9 Mei 2009

Tidak Terlintas..

Masih segar di ingatan penulis penghujung tahun lepas dimana penulis diserang demam sendi yang agak teruk, hampir sebulan penyakit tersebut menyerang penulis. Dalam masa yang sama penulis mendapat keputusan temuduga KPLI dan ditakdirkan rezeki ke negeri di bawah bayu. Dalam keadaan yang belum sihat penulis berdoa agar sembuh seperti sediakala.

Sehari sebelum ke negeri tersebut penulis akhirnya dibawa oleh abang ipar ke pusat rawatan akupuntur, walaupun belum sembuh sepenuhnya penulis menggagahkan jua diri ke negeri tersebut. Pertama kali menaiki kapal terbang,jika sebelum ini penulis selalu tertanya-tanya tatkala melihat “burung besi” tersebut melepasi ruang udara, “dengan bisikan kecil di hati penulis bilalah dapat kunaiki….” gementar seketika mengigatkan rancangan televisyen yang menyiarkan nahas udara. Melihat pemandangan di bawah menampakkan muka bumi yang berselirat dan laut yang menguasai sekelilingnya menenangkan sedikit jiwa.

Hampir 3 jam berada di ruang udara akhirnya penulis tiba di KKIA, agak kebingungan apabila tiba di suatu tempat dan tidak tahu arah mana yang hendak dituju. Setelah mengambil bagasi penulis berjalan keluar dan berehat sebentar di foyer luar. Melihat jam yang menghampiri waktu petang penulis mengambil keputusan untuk bertolak terus ke IPGM yang dinyatakan. Bertanya kepada orang tempatan penulis akhirnya menaiki kereta sewa ke tempat bas expres yang menuju ke IPGM tersebut.Perjalanan ke tempat tersebut mengambil masa kira-kira 2 setengah jam dan penulis bernasib baik kerana sempat dengan trip terakhir ke tempat tersebut.

Setelah menunggu sehingga jam 4 penulis akhirnya menaiki bas, oleh kerana keletihan dan keadaan yang belum pulih sepenuhnya penulis tertidur seberapa ketika,sehinggalah penulis tersedar, apa yang berlaku??bas yang dinaiki penulis berada dalam keadaan condong,penulis tertanya apakah bukit ini? Belum pernah penulis melalui perjalanan melalui bukit yang tingginya sebegini rupa. Melihat ke sebelah kanan penulis terasa ringan mulut untuk berbual dengan saudara di sebelah. Dipendekkan cerita penulis diberitahu bahawa jalan yang dilalui adalah Banjaran Crocker..

MasyaAllah..tidak terlintas di fikiran penulis akan melintasi kawasan yang selama ini hanya dilihat dalam peta geografi sahaja..beberapa jam kemudian penulis sampai di tempat yang dituju..perjalanan yang jauh tetapi amat bermakna bagi penulis melengkapkan diri sebagai perantau..IPGM KENINGAU SBH..


0 ulasan

Catat Ulasan