U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Selasa, 5 Mei 2009

Aduhai Lidah..

.

Dari sudut bahasa lidah bermaksud lisan, dari sudut istilah suatu organ yang dianugerahkan kepada mahkluk untuk merasa,bertutur,mengeluarkan bunyi . manusia bertutur dengan lidah, antara pepatah melayu yang berkaitan dengan lidah, umpamanya “lembut gigi pada lidah”. Adakah sebutan yang keluar itu adakah disebabkan lidah??

Persoalan disini adakah lidah kita berbeza?lidah kita tetap sama, akan tetapi bahasa yang menyebabkan kita tidak boleh menyebut perkataan itu dengan betul,umpamanya orang arab,di dalam bahasa arab tiada sebutan ‘g’ dan ‘pa’, maka jika lidah arab menyebut huruf tersebut automatiknya ia akan berbunyi’ jim ‘ dan ‘ba’. Penulis mengambil contoh satu perkataan bahasa melayu, ‘pahang’ maka sebutan arabnya adalah ‘bahanj’, apakah sebabnya??boleh kita katakan mereka ‘lidah arab’?.

Mengkaji sebutan melayu sendiri di kalangan orang melayu, pengaruh lahjah atau dipanggil loghat adalah antara penyebab kesukaran menyebut perkataan dengan betul. Mereka yang selalu becakap dalam bahasa dialek/loghat ini agak sukar menukar bahasa mereka ke bahasa baku, kadangkala usaha untuk menghilangkan loghat tersebut tebantut apabila mereka sendiri tersasul ke bahasa loghat dan seterusnya membongkar identiti negeri atau kaum mereka.

Penulis mengajar anak-anak murid dari kaum ‘bajau’ dalam hal penyebutan huruf al-quran agak sukar murid-murid kaum ini meyebut huruf ‘za’dan huruf ‘syim’. Ini kerana apabila mereka menyebut huruf ianya berbunyi ‘ja’ dan ‘sya’ akan bertukar menjadi ‘sa’. Hal sedemikian kerana mereka sudah terbiasa membunyikan huruf secara begitu di dalam bahasa mereka. Pemerhatian ini menyebabkan penulis mengambil pendekatan dengan menyuruh murid tersebut meniru bunyi kumbang “zzzzzzzzzzz”….dan apabila agak berbunyi masukkan ‘a’ atau dalam arab vokal “alif”., “zzzzzzzzzzz”…. “aaaaaaa” dan huruf “syim” atau sebutan “sya” dengan membuat isyarat diam iaitu “syyyyyyhhh”…. apabila agak berbunyi huruf tersebut masukkan vokal “a” atau dalam arab vokal “alif”, syyyyyyhhh”…. aaaaa..”

Jadi ??setiap masalah boleh diatasi jika kita tahu cara bagaimana mahu selesaikannya.

0 ulasan

Catat Ulasan