U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Sabtu, 9 Mei 2009

Khutbah Jumaat

Ketika mahu memejamkan mata malam ini 9/5/09 penulis tiba2 teringat akan khutbah jumaat yang diikuti tengah hari tadi. Penulis cuba mengigati kembali pengisian khutbah jumaat tersebut. Apa yang dicatatkan disini bertujuan untuk berkongsi bersama sesiapa sahaja yang terbaca coretan ini.

Pertamanya khutbah tersebut sangat menarik, isu yang diketengahkan adalah berkaitan akidah dan kepercyaan umat islam terhadap penciptanya. Semua umat islam mengaku bahawa Allah adalah tuhan mereka, tetapi adakah apa yang dinyatakan itu betul-betul diserap dalam diri mereka?

Seringkali penulis tidak dapat membezakan adakah seseorang yang dengan bertatu,berantai di leher itu islam atau beragama selain islam, pernah beberapa kali penulis terserempak dengan mereka yang mempunyai ciri-ciri tersebut bersembahyang di masjid. Penulis hanya mempertikaikan mengapa mereka melakukan perkara tersebut, adakah mereka tahu perkara tersebut dilarang di dalam islam??

Dinyatakan dalam khutbah tersebut antara perkara yang kadagkala kita terlepas pandang seterusnya boleh membawa kufur terhadap Allah, misalnya kita mengakui sesuatu kuasa selain Allah, umpamanya kita mengatakan perkataan “kalau” agak merbahaya perkataan ini. Mengapa??

Perkataan “kalau”. Contoh ayat yang biasanya juga kita dengar atau mungkin kita juga pernah yang menggunakannya “kalau aku tiada”….sudah tentu…”atau kita menyatakan kuasa lain.. “kalau tiada polis…habislah rumahku”…inilah yang dikatakan penyebab seseorang boleh menjadi kufur terhadap pencipta. Hakikat sebenar hanya Allah penentu terhadap sesuatu perkara. Mengapa mengakui kuasa lain selain dari Allah??

“Manusia bersifat dengan sifat yang diberikan olehnya,dan pencipta tidak sesekali bersifat dengan apa yang diciptanya.”

0 ulasan

Catat Ulasan