U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Rabu, 13 Mei 2009

Lauk Orang Bujang…

Tidak kira lelaki atau perempuan mereka mesti menempuh alam remaja jika dipanjangkan umur ke tahap itu. Bersyukurlah kepada ALLAH jika dipanjangkan umur sehingga ke hari tua. Bercakap mengenai alam remaja ini banyak cabaran yang harus dilalui oleh mereka yang bergelar remaja. Kekuatan rohaniah memainkan peranan penting dalam diri seseorang remaja. Ramai yang berjaya tidak kurang ramai juga yang kecundang dan hanyut dibawa arus kemodenan..

Jika anda bujang yang bekerjaya terutama yang bekerja di waktu pejabat mungkin tidak banyak masa untuk melakukan perkara sampingan atau hobi yang diminati,pengurusan diri juga kadangkala tidak menentu,sehinggakan ada diantara mereka yang mencuci baju sekali seminggu, lelaki atau perempuan??

Penulis tinggal serumah bersama beberapa orang kawan, jarang kami makan di luar kerana kebolehan memasak ada pada diri masing-masing walaupun masakan tersebut hanyalah sardin atau telur goreng..;-). Memancing adalah antara hobi penulis. Kawasan penulis yang berdekatan dengan laut dimanfaatkan sepenuhnya oleh penulis. Ikan yang diperolehi kadangkala mencukupi untuk sebulan. Beberapa resipi masakan penulis bolehla dilihat dibawah. Walaupun nampak seakan tidak membangkitkan selera anda tapi cukuplah ianya membangkitkan selera kami orang bujang..;-)



















pari masak pedas n sotong



















"gulai darat"



















ikan merah masak??tahla

Inilah antara lauk2 kami disini. Apepun bersyukurlah dapat menikmati makanan,bagaimana pula saudara islam kita di luar sana?yang pasti mungkin mereka tidak senasib dengan kita..

0 ulasan

Catat Ulasan