U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Selasa, 5 Mei 2009

Kenapa Perlu Marah??


Karier sebagai seorang pendidik memang satu tugas yang sangat mencabar. Tiada siapa yang memahami situasi sebagai pendidik melainkan dia sendiri merasainya. Jiwa seorang pendidik harus disokong dengan sifat-sifat pendidik yang boleh membentuk satu jatidiri yang mantap bagi melahirkan pelajar yang berkualiti.

Berada dalam situasi ini penulis ingin berkongsi serba sedikit pengalaman yang ada pada diri penulis. Mengajar di sekolah rendah kadangkala agak mudah bagi pemerhatian seseorang,atau mungkin sebaliknya. Perlu diakui setiap pekerjaan mempunyai cabaran masing-masing. Penulis mengajar di tahun satu, yangmana di tahap ini semua pendidik harus ingat bahawa mereka ini masih lagi di tahap bermain,pengajaran berasakan permainan adalah lebih cepat diikuti berbanding ‘berceramah’ sepanjang masa kepada mereka.

Mengkaji terlebih dahulu keadaan,prestasi murid penting bagi pendidik,umpamanya di tahun 1, peratus kemahuan belajar adalah 10%,selebihnya hanyalah mahu bermain. Begitulah seterusnya di tahun 2, bertambah sebanyak 10% lagi. Jadi mengapa dipertikaikan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 kurang berminat untuk bermain?? Ini kerana jika mereka bermain lebih dari mengulangkaji, faedah yang mereka dapat adalah kegagalan,mungkin atau tidak


sekadar hiasan


Seorang guru pernah mengajukan soalan kepada penulis, murid tahun satu mengatakan ‘bodoh’ kepada guru. Apakah perlu bagi seorang guru tersebut memarahi murid tersebut??adakah dalam hal ini guru perlu menggunakan emosi??penulis akui agak sukar mengawal emosi apatah lagi seorang murid, yang baru mengenal alam persekolahan mengatakan sedemikian, jika anda seorang guru yang terpelajar gunakan saja pendekatan psikologi terhadap murid tersebut, bagaimana caranyanya??kreativiti masing-masing menentukan caranya. Penulis turut menyatakan bahawa perlu bagi seorang guru mengimbas kembali zaman persekolahannya, mungkin mereka juga pernah menyatakan begitu terhadap gurunya secara nyata atau di dalam hati,dan tidak hairanlah jika perkataan itu dikenakan kembali ke atasnya. Kesabaran adalah sifat penting untuk menjadi seorang pendidik...

Sekadar pendapat penulis..

0 ulasan

Catat Ulasan