U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Khamis, 30 Julai 2009

Pernahkah anda mengalami perjalanan sebegini???

Khamis 9/7/2009

2.00 ptg - bertolak dari kota belud dan tiba di kuala menggatal Kota Kinabalu jam 3.00ptg

3.00-4.50 ptg - berehat di rumah kawan sebelum bertolak ke airport Airasia jam 5.00 ptg

5.30 ptg - tiba di airport Airport Airasia terus check in

6.50ptg - berada di dalam flight menuju ke Kuala Lumpur

9.00 mlm - tiba di kuala lumpur

9.00- 10.20 - menaiki bas ke KL Sentral

10-30mlm - menaiki tren komuter ke Serdang

11.20 mlm - tiba di Serdang dan menaiki kereta kawan ke rumah sewa

12.00mlm - 6.00 pg berehat di rumah kawan


Jumaat 10/7/2009

6.30 pg - menaiki motor ke Kelana Jaya dan mengambil road tax motor di rumah kakak sulong

10.00 pg - tiba semula di Serdang dari Kelana Jaya

10.30 pg - bertolak dari serdang ke rumah bapa saudara

3.00 ptg - tiba di Terminal Putra dan menunggu ketibaan bapa saudara

3.30 ptg - tiba di rumah bapa saudara di Selayang Baru,memeriksa motor yang telah lama ditinggalkan di rumah bapa saudara, dan membawa motor tersebut ke mekanik untuk diservis

4.30 ptg - bertolak dari rumah bapa saudara terus ke Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Pahang.

Hampir 3 jam lebih di lebuhraya dan jam 7.30 penulis akhirnya tiba di rumah bonda di Pahang

Penulis berehat dari malam sabtu dan malam ahad












Gembira jumpa anak saudara saya ni...Dah besar & pandai ni..









Ahad 12/7/2009

8.00 pg - mengambil buah-buahan telah masak di rumah

11.00 pg - mengemas pakaian dan barang-barang

12.00 tgh hr - bertolak ke Bandar Jengka

1.00.ptg - menaiki bas Kuala Lumpur

3.30 ptg - tIba di pekeliling dan menaiki kereta rakan adik menuju ke rumah sewa rakan di Serdang semula dan berehat di serdang sehingga esok hari

Isnin 13/7/2009

6.30 pg- rakan hantar ke komuter Serdang

6.45 pg – menaiki komuter dari serdang ke KL Sentral

7.15 pg- tiba di KL Sentral dan mengambil tiket bas terus ke LCCT

10.20 g- 8.30 pg tiba di LCCT sarapan dan check in bagasi

10.20 pg - berada dalam Flight ke Kota Kinabalu

12.30 tgh - tiba di Kota Kinabalu, berlaku perkara yang saya tidak duga-bagasi saya hilang entah dimana. Mengingati kembali perjalanan saya mula perasan beg saya tidak di barcode oleh staf Air Asia ketika melepasi check-in, setelah menunggu memeriksa dan membuat laporan saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan jaminan gantirugi jika beg saya tidak ditemui. Saya menelefon seorang kawan untuk mengambil saya di Airport.

2.30 ptg - menaiki kereta kawan dan berhenti solat di rumahnya di Taman Muzium Kota Kinabalu

3.30 ptg - ke rumah kawan di Taman Kuala Menggatal untuk mengambil motor

4.30 ptg - bertolak ke Kota Belud menaiki motor

6.00 - tiba di Kota Belud

Perjalanan yang meletihkan, saya gembira dapat bertemu keluarga dan sahabat, namun saya amat kecewa dengan peristiwa yang menimpa setibanya di Airport Kota Kinabalu..penat lelah membawa buah tangan dari kampung akhirnya berakhir di Airport tersebut,perasaan pada masa itu tidak dapat digambarkan bagaimana. Namun saya percaya rezeki di tangan ALLAH hatta di dalam mulut sekalipun boleh terkeluar kembali..sekarang saya menunggu wang pampasan dari AirAsia...


Read More

Isnin, 27 Julai 2009

wajah anak-anak murid

Inilah wajah-wajah anak murid yang saya ajar hari-hari,yang kena pembaris ,kena marah, muka-muka inilah..


























Nama : Hilmi Yadi b. Johanis
Umur : 7 tahun
Kaum : Bajau
Agama: Islam
Kekuatan: cepat tangkap pelajaran,boleh menulis,menghafal,membaca,menyebut dan mengeja Jawi,IQRA,Bahasa Arab dengan baik dan menjadi murid saya yang terbaik
Kelemahan: terlalu pendiam, susah bersuara kalaupun ditanya,dan masih ada sebutan huruf berbunyi bahasa bajau yang sukar dihilangkan




























Nama : Siti Hazirah bt Edi
Umur : 7 tahun
Kaum : Bajau
Agama : Islam
Kekuatan : cepat tangkap,boleh menulis,menghafal,membaca,menyebut dan mengeja Jawi,IQRA,Bahasa Arab
Kelemahan : selalu mengeluh,sedikit mengada-ngada




























Nama : Noradriana Rosazelah bt Jainin
Umur : 7 tahun
Kaum : Bajau
Agama : Islam
Kekuatan : membaca, dan mengeja Jawi, kurang dari sudut penulisan IQRA,Bahasa Arab
Kelemahan : fikiran yang agak melayang, hilang tumpuan sewaktu belajar




























Nama : Datu Mohd Khusyairie b. Tajuddin
Umur : 7 tahun
Kaum : Bajau
Agama : Islam
Kekuatan : Boleh menulis, membaca,menghafal di tahap sederhana
Kelemahan: hilang tumpuan,kuat bermain, cepat mengeluh.




























Nama : Raynaldi Zico
Umur : 7 tahun
Kaum : Dusun
Agama : Kristian
Kekuatan : agak cepat,tidak tahu mengenai jawi, huruf2 jawi,tetapi berminat dengan bahasa arab
Kelemahan : suka berbual, kuat bermain, pelat dalam berbahasa
Read More

Ahad, 5 Julai 2009

Pantang larang orang dulu-dulu

Teringat penulis pesan orang dulu-dulu yang banyak mengatakan tentang pantang larang masyarakat kita, bila penulis fikir-fikirkan balik mungkin ianya juga berkaitan dengan adat tetapi kadangkala ada juga keraguan dalam pantang larang mereka ini,kali ini penulis ingin berkongsi tentang beberapa pantang larang yang pernah didengar dahulu mungkin anda juga pernah mendengarnya..

1- Jangan duduk atas bantal..

Sebab apa pula tidak boleh duduk atas bantal?orang tua2 kata, nanti bisul akan tumbuh di punggung..bila fikir-fikir balik mugkin sebab bantal tu tempat letak kepala bukan punggung, nampak x senonoh kalau duduk..





patutla semua bantal jadi bantal busuk...











2- Tidak boleh menyanyi di dapur

Sebab apa??orang tua2 pesan nanti dapat suami @ isteri tua..bila fikir-fikir balik kalau menyanyi sambil masak di dapur,hmmm..kalau sudah leka menyanyi, entah-entah nasi hangit dan ikan pula tinggal tulang jer....

3- Garam dan jarum tidak boleh jual waktu malam

Sebab apa pulak xjual??orang tua2 kata nanti kedai yang jual garam waktu tu nanti boleh bankrap... Ha?? Fikir-fikir balik, pandangan penulis mungkin sebab jarum tu kecik, kalau jual sebatang takut2 terbagi dua batang ataupun tercucuk jari sebab kabur...garam pula takut tertukar dengan gula..hehe


































5-
Berinai di jari jangan terlihat oleh ayam..

Apa kena mengena dengan ayam pun tidak tahula..kata orang dulu2 nanti inai tersebut tidak menjadi pekat warnanya..pendapat penulis, nanti ayam patuk sebab inai kalu nak ianya pekat kata orang campurkan sedikit nasi, mungkin ayam tu terbau nasi..lalu dipatuknya inai tu boleh jadi..hehe
...








habis kau punya inai..
















xpe,sirap kan ada...









6- Jangan kibas kain dalam rumah


Sebab apa??nanti boleh menjadikan kita papa kedana..tahla betul ke tidak, yang pasti rezeki itu ALLAH sudah tentukan, siapa berusaha lebih, maka dia dapat lebih...


7- Jangan makan beralih tempat

Apa pula akan jadi?? Nanti banyak isteri..haha.. pandangan penulis, kalau sudah tertulis isteri ramai, dan si lelaki berkemampuan memiliki lebih dari satu, tidak perlu makan banyak tempat..boleh jadi jugak..

8-
Minta izin ‘datuk’ ‘nenek’ kalau mahu qada hajat

Orang tua2 pesan perlu minta izin ‘datuk’ ‘nenek’ sebelum qada hajat di hutan, takut nanti diganggu makhluk halus..kenapa perlu besarkan sesuatu selain ALLAH?? Jin berada dimana2 sahaja, cumanya pastikan anda tidak terbuang di tempat yang salah, contoh di atas tulang ataupun lubang2 tanah..


9- Jangan beri kekasih yang belum dinikahi sesuatu berbentuk kain

Orang kata kalau bagi sesuatu berbentuk kain boleh menyebabkan perpisahan..pandangan penulis, kalau ada jodoh tidak kemana, bagi cincin berlian 2 juta pun kalau tiada jodoh apa boleh buat..









kalau xpakai kain nak pkai ape...












Banyak lagi perkara yang menjadi pantang larang di kalangan masyarakat kita, penulis pun sukar memahaminya, bagi penulis perkara dan ujian adalah dari ALLAH, apapun kita berbalik kepada Al-quran dan Sunnah..itu adalah yang terbaik..


p/s: saya mengalu-alukan komen dari anda

Read More

Isnin, 29 Jun 2009

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal, mugkin boleh pakai juga sikit-sikit. Jangan percaya sangatla.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir


1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual

- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama 'sumpah-sumpah' yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Read More

Isnin, 22 Jun 2009

Kisah Nabi Musa & Bani Israel


Bani Israel dengan Firaun

Terlalu banyak nikmat yang telah dikufuri oleh Bani Israel dari dahulu sehingga sekarang, pada zaman Firaun Bani Israel hidup dalam ketakutan, mereka disuruh melakukan kerja-kerja yang mereka tidak dapat lakukan, Firaun membunuh anak lelaki mereka,dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup. Firaun turut menyiksa dan tidak membenarkan golongan ini tinggal di tempat yang bersih. Sehinggalah datang Nabi Musa Alaihissalam yang diutuskan Allah untuk menyelamatkan Bani Israel.

Bani Israel dengan Nabi Musa

Atas permintaan Nabi Musa,Allah mengutuskan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa bagi membantu kerja dakwah mereka, Nabi Musa menemui Firaun dan menyampaikan dakwah,namun begitu dakwah beliau gagal. Dipendekkan cerita Firaun bersama pengikutnya tenggelam di Laut Merah kerana mengejar Nabi Musa dan Bani Israel, bermulalah episod perjalanan Nabi Musa bersama Bani Israel ke semenanjung Sinai , dia antara perkara yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut:

1- Bani Israel mula merungut kelaparan, keletihan dan kepanasan yang membakar kulit mereka. Nabi Musa menyuruh mereka bersyukur kerana selamat dari Firaun yang kejam, Nabi Musa berzikir dan akhirnya mereka berjalan dengan awan melindungi dari panas.

2- Bani Israel merungut lagi, mereka mengatakan Mesir lagi baik dari Padang Pasir yang panas dan membuatkan mereka kelaparan, Nabi Musa menyuruh mereka bersyukur dan menyembah Allah yang menyelamatkan mereka dan mengutuskan awan yang melindungi mereka, Bani Israel terus kufur dan menyuruh Nabi Musa meminta makanan dari Allah, dengan izin Allah mereka dapat menikmati makanan yang lazat yang digelar manna(sejenis manisan lebih sedap dari madu) wa salwa(sejenis burung),pun begitu mereka tidak bersyukur dengan mengatakan mereka tidak mahu manna wa salwa akan tetapi mereka mahukan dal, ful,kacang, dan bawang, Nabi Musa Hairan seraya berkata “sesungguhnya kamu lebih suka benda yang lebih rendah nilainya dari manna dan salwa.

3- Berkata lagi Bani Israel yang kufur, “ kami mahu pulang ke Mesir, disana ada sungai Nil dan airnya sedap, kami dahaga dan hampir mati”,mereka menyuruh Nabi Musa mohon kepada Allah, Nabi Musa memohon kepada Allah, Bani Israel tersebut mempunyai 12 kumpulan, Allah menyuruh Nabi Musa memukul batu dengan tongkatnya maka terpancarlah dari batu 12 mata air,setiap kumpulan mendapat 1 mata air,namun begitu mereka masih belum mahu menyembah Allah, malah terus kufur

4- Dalam perjalanan mereka bertemu pula dengan golongan yang menyembah berhala,lalu mereka turut menyembah berhala tersebut, mereka berkata, “wahai Musa, mereka ada tuhan, mereka boleh pegang dan lihat tuhan mereka, tapi dimana tuhan kita? Terkejut Nabi Musa lantas mengingatkan kepada mereka mengenai nikmat-nikmat yang Allah telah beri kepada mereka,mereka malu dan diam. Akan tetapi mereka meminta sesuatu yang lebih sukar, mereka memohon suhuf dari Nabi Musa sepertimana suhuf Nabi Ibrahim, mereka menyangka permintaan mereka itu mudah..Nabi Musa bersembahyang dan berzikir sehingga Allah memberi ilham supaya Nabi Musa beribadat di padang pasir yang tiada seorang pun boleh melihatnya kecuali Allah.

Bani Israel dan Nabi Harun

Nabi Musa telah berpesan kepada Nabi Harun bahawa baginda akan pergi jauh untuk tujuan ibadat dan memohon kepada Allah sebuah kitab untuk Bani Israel yang dapat membantu mereka. Nabi Harun menjalankan amanah yang diberikan oleh Nabi Musa, Bani Israel mentertawakan Nabi Harun dengan mengatakan Nabi Harun ditinggalkan oleh saudaranya Musa.“ berkata Bani Israel, “ mengapa Musa mencari tuhan untuk kami?dia mempunyai tuhan tetapi kami tidak, kami mahu tuhan seperti yang dilihat dari golongan lain!”jawab Nabi Harun “Mengapa kamu menyembah tuhan selain Allah, tuhan mereka tidak boleh memberikan kebaikan dan keburukan, mereka cuma menyembah batu sahaja.” Sesungguhnya Bani Israel telah lupa dan kufur dengan nikmat Allah, mereka tidak mengikut kata-kata Nabi Musa dan Harun, mereka menyatakan mereka tidak menyembah patung batu tetapi mereka mahu menyembah patung dari emas.

Bani Israel membawa banyak emas ketika lari dari Firaun, mereka meleburkan emas dan membuat patung lembu dari emas yang dicadangkan oleh seorang yang bernama Samiri, sementara itu Nabi Musa terus beribadat kepada Allah, Nabi Musa memerhatikan bintang dan bulan yang tergantung di langit , siapakah yang membuatnya? “ Dia adalah tuhanku dan tuhan Bani Israel”, kemudian dilihat pula terang yang akhirnya hilang dan menjadi gelap, siapakah yang membuatnya? “Dia adalah tuhanku dan tuhan Bani Israel”,bisik Nabi Musa. Nabi Musa beribadat, berzikir, berpuasa dan memerhatikan alam sepanjang masa selama 30 hari.

Nabi Musa lupa akan saudaranya Harun dan Bani Israel kerana fikirannya hanya kepada Allah, pada mulanya Allah menjanjikan 30 hari, kemudian dia menambah lagi ibadat Nabi Musa sebanyak sepuluh hari menjadikannya genap 40 hari, setelah itu Nabi musa naik ke bukit dan meminta untuk melihat Allah, Allah menunjukkan kekuasaannya terhadap sebuah bukit, hancur berkecai bukit tersebut dan Nabi Musa pengsan,tidak tergambar Nabi Musa jika Allah muncul tentu lebih dahsyat.

Nabi Musa bertaubat dan tidak meminta melihat Allah lagi, dan menjadi orang dari kalangan Bani Israel yang pertama beriman kepada Allah(surah Al-A’raf 143-144). Nabi Musa mengutip kepingan batu dan kayu yang mengandungi isi taurat, dan bersyukur kepada Allah atas pemberian itu. Apa pula yang berlaku pada Bani Israel dan Nabi Harun dan setelah Nabi Musa pulang??

Anda buka surah Al-Baqarah ayat 40 dan ke atas..

Read More