U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Isnin, 21 Disember 2009

Ukhwah Rapuh Ukhwah Ampuh


            Seringkali berlegar di kalangan umat islam mengenai hal ikatan ukhwah, persoalan yang sukar disini ialah hati. Hatta dalam jemaah islam sekalipun hal ini selalu diungkitkan dalam musyawwarah atau muktamar-muktamar. Masalah ukwah antara muslimin = muslimin antara muslimat = muslimat dan antara muslimin = muslimat. Penulis melihat beberapa punca yang boleh dikatakan sebagai penyebab berlakunya masalah ukhwah. Tidak perlu menuding jari ke arah orang lain tetapi inilah hal yang perlu difikirkan bersama.
Kerana mulut
            Allah itu maha pengasih dan penyanyang, menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, mulut yang diciptakan oleh Allah sangat penting kepada mahkluk yang bergelar manusia, dengan mulut manusia menyampaikan ilmu, berkomunikasi sesama yang lain, makan dan minum, dan terpenting basah dengan munajat,zikir, dan segalanya terhadap pencipta yang tercinta. Pun begitu mulut itu bukanlah selalunya mengeluarkan sesuatu yang baik, kata-kata kesat juga dari mulut dan dari mulut juga boleh timbul fitnah yang lebih dahsyat dari membunuh.
Memperlekehkan orang lain
Pernahkah anda melihat seseorang yang mengeluarkan pendapat kemudian pendapatnya disanggah oleh orang lain dengan cara mugkin agak kasar, dan menyebabkan si pengeluar pendapat tadi terdiam, dalam kehidupan kita harus terima tidak semua mereka di sekeliling kita menyukai sikap dan perbuatan kita. Apa yang sering berlaku sekarang ini adalah ketidakpuasan hati dalam melakukan sesuatu, penulis banyak terlibat dalam menjalankan program, dan setiap program yang telah siap diadakan akan dimuhasabahkan semula atau diposmortemkan kembali, di sinilah yang kebanyakan akan berlaku tuding menuding sesama sendiri kerana tugas yang dilakukan tidak seimbang dan ada yang tidak melakukan tugas, akhirnya masing-masing bermasam muka sesama sendiri.










Gambar Hiasan (Dalam persahabatan bersedialah untuk melukai dan dilukai..)
Pertikaian dan perbalahan melampau
Kadangkala terasa hairan mengapa ada pertikaian sehingga berlaku kafir mengkafir sedangkan masing-masing beragama islam. Malahan memahaminya dengan mendalam. Ada pendapat mengatakan bagus jika berlaku khilaf, permasalahannya disini jika terlalu banyak khilaf akhirnya orang bawahan yang menjadi semakin keliru.Cukuplah di sini kita berbalik kepada Hadis yang kita pelajari antara sabda Rasulullah : “Aku menjamin dengan sebuah istana di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun ia yang benar, aku menjamin dengan istana yang berada di tengah syurga bagi orang yang meniggalkan dusta meskipun ia hanya bergurau, dan aku menjamin dengan istana di syurga yang tertinggi bagi orang yang membaguskan ahklaknya”(Hadis rwyt Abu Daud Hadis Hasan)
Cepat Merajuk
Satu sifat yang juga boleh dikatakan penyebab kepada hancurnya ukhwah satu kumpulan itu, soal merajuk bukan sahaj terdapat pada seorang wanita, akan tetapi sekarang orang lelaki turut mempunyai sikap sebegini, merajuk berpunca dari sebab kecil hati dan terasa hati, hal ini terjadi sekiranya kata-kata seorang itu tidak dapat diterima individu tertentu, akhirnya berlakulah kes bawa diri, tidak bertegur sapa, berpuak-puak, soal terasa hati atau kecil hati ini perlu dinilai, hal ini kerana jika perkara tersebut hanyalah benda yang remeh lupakan sahaja, mungkin sahabat, kawan atau rakan kita itu hanyalah berniat bergurau, tetapi tidak kena pada tempat, cara yang baik “slow talk” bahawa tidak sepatutnya dia berkata demikian di hadapan orang ramai. Cukuplah perkara-perkara yang dinyatakan di atas antara penyebab hancurnya ikatan ukhwah, mungkin anda mempunyai lebih banyak penelitian dan pengalaman yang lebih dari ini.









Ukhwah sukar dibina senang dihancurkan 
Nota: saya menulis hal ini kerana berlaku selisih faham antara sahabat-sahabat saya dan seolah-olah sekrang sudah terbentuk halangan yang di antara mereka.. mudah-mudahan sahabat-sahabat kembali seperti dahulu.

0 ulasan

Catat Ulasan