U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Rabu, 30 Disember 2009

Subuh Terakhir


Pagi ini Mek Limah sekali lagi tersentak dari tidurnya, dilihatnya jam di dinding menunjukkan jam 4 pagi, setelah 2 minggu terlantar kakinya hari ini tidak terasa sakit seperti hari sebelumnya, Mek Limah menyelak selimutnya dilihatnya kakinya yang bengkak  kerana tertusuk duri nibong 2 minggu yang lalu ketika beliau mencari kambingnya di belukar belakang rumahnya. Keadaan bertambah buruk kerana Mek Limah menghidap kencing manis, ALLAH..bisik Mek Limah,mahu lelapkan mata tidak sudah boleh, dalam tidak sedar kenangan lalu datang kembali, saat-saat kehidupan lalu...
Kasih Pak Leman sentiasa segar di ingatan Mek Limah, walaupun Pak Leman bukanlah dari keturunan yang beharta,berpangkat,namun kefahaman agama cukup lengkap dalam diri Pak Leman meruntun hati Mek Limah, biarlah tinggal di pinggir kampung Mek Limah tidak pernah merungut malahan dia bersyukur kepada ALLAH dengan rezeki yang diberikan, 3 tahun berkahwin akhirnya pasangan tersebut dikurniakan anak lelaki, mereka menamakannya Arif, kehadiran Arif menambahkan kebahagiaan pasangan tersebut, namun begitu ianya hanyalah seketika, Arif pergi mendahului mereka lebih awal setelah megalami demam panas berhari-hari. Pemergian Arif membawa kembali kesunyian lampau. Pak Leman dan Mek Limah tabah dengan cabaran dan dugaan yang diberi, semua itu hanyalah ujian dari ALLAH, kehidupan perlu diteruskan seperti biasa,Pak Leman dan Mek Limah tidak berhenti berdoa supaya mereka dikurniakan anak dan dimurahkan rezeki.
Sepuluh tahun kemudian pasangan tersebut sekali lagi mendapat khabar gembira, Mek Limah bakal melahirkan anak, kegembiraan hati Pak Leman tidak terkata lagi, Mek Limah tidak lagi menolong Pak Leman di kebun, Pak Leman tidak lagi membenarkan isterinya melakukan kerja berat,sampaila waktu yang dijanjikan, Mek Limah selamat melahirkan seorang anak lelaki, dinamakan anak itu Hadi, “Ya Allah, panjangkanlah umur anakku ini”,bisik hati kecil Mek Limah. Kehadiran Hadi mengantikan arwah abangnya dahulu cukup mengubat kerinduan pasangan itu, Hadi dibesarkan dengan penuh kasih sayang apatah lagi Hadi tiada adik-beradik lagi.
Rezeki pasangan itu kini kian bertambah, Pak Leman telah membeli sebidang tanah kampung yang diusahakan sebagai kebun buah-buahan,  jika waktu siang Pak Leman di kebun waktu malam dia menghabiskan masa bersama isteri dan anak, Hadi kini berusia 6 tahun, sudah boleh mengaji dan di sekolah Hadi seorang yang bijak dalam pelajaran. Sejuk ‘perut’ Mek Limah, Hadi anak yang baik, dengan umur sebegitu dia sudah pandai menolong bapanya di kebun kadangkala mengikut bapanya menjual hasil tanaman. Masa berlalu dengan begitu pantas, ketika umur Hadi memasuki belasan tahun bapanya pula pergi meninggalkannya, Pak Leman meninggal dunia di kebun akibat dipagut ular Senduk ketika sedang menebas belukar. Pemergian Pak Leman menyebabkan Mek Limah seolah-olah hilang sebelah kaki, saat tersebut Mek Limahla segala-galanya, dialah ibu dan bapa kepada Hadi, di usia yang semakin meningkat Mek Limah masih giat mengusahakan kebun, demam, sakit kepala sikit-sikit tidak dihiraukan,baginya alah bisa tegal biasa.
Mek Limah menyara Hadi sehingga berjaya ke Universiti, kesunyian akibat keseorangan di rumah setelah Hadi ke Universiti menggamit perasaan kerinduan ibu tersebut, Hadi akan pulang setiap hujung minggu, jika tidak pun teman sekolah si Hadi, Safiah akan tolong jenguk-jengukkan ibunya.Safiah tidaklah sepandai Hadi, namun gadis itu berbudi bahasa dan baik hati. Sesekali terlintas di hati Mek Limah ingin bermenantukan Safiah. Pernah dia bertanyakan kepada Hadi, jawapan Hadi hanyalah senyum seraya menjawab “emak ni”… imbasan Mek Limah melangkau ke saat sebelum dia terlantar, petang itu dia mencari kambingnya,entah bagaimana seekor kambingnya hilang dari kawanan yang lain, dicari segenap kawasan belakang rumah tidak juga dijumpai sehinggalah melarat ke kawasan belukar sebelah, disitulah segalanya terjadi, duri nibong hampir seinci menembusi kakinya,dia memberanikan diri mencabut duri tersebut, raungan Mek Limah bergema setelah duri tersebut keluar dari kakinya, dengan kaki yang terhincut-hincut dia menggahkan diri pulang ke rumah, kebetulan yang sama Hadi baru sampai di rumah, terkejut melihat ibunya yang terhincut-hincut dia meluru dan memapah ibunya naik ke rumah, Hadi merungut kepada ibunya yang tidak mendengar nasihatnya supaya berhenti melakukan kerja-kerja berat,"apa boleh buat nak..sudah terjadi..”kata si ibu, Mek Limah bernasib baik kerana Hadi bercuti semester selama 2 bulan, Hadi menjaganya dengan baik sekali, memasak, memapahnya ke bilik air, memandikannya, semuanya dilakukan Hadi, “syukur Alhamdulillah..”bisik Mek Limah..
Tukk!!tukkkk!!tukkk!! tersentak Mek Limah dari lamunan, di muka pintu biliknya terpacul si Hadi siap dengan pakaian solatnya, “subuh dah masuk mak, mari Hadi cucikan luka lepas tu kita pergi ambil wudhuk..”kata si Hadi, Mek Limah mengesat manik putih di pipinya dan cuba tesenyum ke arah Hadi, “semalam mak mimpi arwah ayah dan abang melambai-lambai kepada mak..”kata si ibu ketika anaknya sibuk mencuci luka di kaki. Hadi mendongak kehairanan ke arah ibunya..”mimpi  itu mainan syaitan mak..”balas si Hadi..”ya..” berkata ibunya dengan nada perlahan.selesai mencuci luka Hadi memapah ibunya ke bilik air untuk berwudhuk, selesai berwudhuk mereka menuju ke bilik solat, Mek Limah solat dengan cara duduk belunjur sebelah kaki, Hadi mengimamkan solat, solat subuh tersebut berjalan sempurna sampai ketika tahiyyat akhir Mek Limah merasakan penglihatannya kabur, digenyeh matanya,tidak juga cerah, ALLAHHUAKBAR…Mek Limah rebah ke lantai saat salam terakhir, Mek Limah didatangi pelbagai bayangan..Hadi yang tergamam mengangkat ibunya yang lemah ke atas pangkuannya, perlahan-lahan dibisikkan syahadah di telinga ibunya, airmata tidak henti-henti keluar dari kelopak mata Hadi, ibunya terkumat-kamit menghabiskan syahadah dan nafas terakhir itu dihembus dengan tenang,Innalillahi wa inna ilaihi raajiunn…ternyata ini Subuh terakhir buatmu ibu....

0 ulasan

Catat Ulasan