U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Ahad, 9 Mei 2010

Makanan Adalah Segalanya


                Setelah sekian lama tidak menulis hari ini penulis kembali untuk berkongsi beberapa perkara bersama pembaca blog ini. Keadaan sekarang yang kurang membaca menyebabkan idea-idea untuk menulis merosot. Kesibukan praktikum 3 bulan lalu menghimpit waktu untuk menulis di blog. Biarkanlah yang berlalu itu terus berlalu.
                Hari ini penulis ingin berkongsi mengenai makanan dan apakah kesannya kepada diri. Di sini bukanlah isu apakah makanan yang dimasak, resipi, makanan berbentuk daging, seafood atau sebagainya akan tetapi kita bicarakan makanan yang dimasak oleh orang islam dan bukan islam..inilah yang penulis akan kupas untuk isu kali ini.
                Bulan ini telah masuk bulan ke-5 penulis mengajar murid tahun 1 bagi tahun 2010,pelbagai tafsiran awal bermain di fikiran penulis, apakah sebabnya anak murid penulis tahun 1 pada tahun ini terlalu lambat,guru-guru lain turut menyatakan perkara yang sedemikian. Murid boleh menghafal A-Z atau 1-10 tetapi jika ditunjuk mereka tidak dapat menjawab apatah lagi menulis, itu belum dikira bagi matapelajaran agama islam lagi, atas sebab demikian penulis membuat beberapa ‘mulahazoh’ ke atas murid-murid, penulis menanyakan beberapa soalan kepada antara soalan tersebut penulis senaraikan di bawah:
1.       Kamu dari kaum apa?
Jawapan yang diterima samada Dusun atau Bajau
Kesimpulan bagi soalan ini jika Kaum Dusun maka mereka anak-anak mualaf jika Bajau mereka automatiknya islam

2.       Ada kamu mengaji di rumah? Siapa ajar kamu?
Jawapan yang diterima ada dan tiada, jika ada ibu, bapa, kakak mereka yang ajarkan dan ada yang tidak.
Kesimpulan bagi soalan ini jika tidak mengaji samada mereka yang malas ataupun keluarga mereka sendiri tidak tahu untuk mengajar dan tidak menghantar anak mereka mengaji.

3.       Dulu kamu sekolah di TADIKA atau di mana?
Jawapan yang diterima PASTI, TADIKA berdekatan dan tidak besekolah.
Kesimpulan bagi soalan ini  jika di PASTI memang di ajar agama, di TADIKA atau pra-sekolah sesetengahnya ada dan sesetengahnya tiada.

4.       Di sekolah kamu tiada belajar alif ba ta?
Jawapan yang diterima di PASTI ada dan di TADIKA berdekatan tiada
Kesimpulan bagi soalan ini majoriti murid bukan islam dan tiada jadual untuk pelajaran agama islam

5.       Rumah ada anjing?kamu pegang?
Jawapan yang diterima ada dan tiada saya pegang dan tidak
Kesimpulan bagi soalan ini mungkin masih tidak faham hukum islam bagi saudara baru.
               Itu soalan saringan pertama yang penulis buat, ada soalan yang lebih bersifat ‘brutal’ tapi tidak sampai hati mahu menagajukan kepada murid, ‘mulahazoh’ seterusnya penulis mengorek rahsia TADIKA berdekatan, sememangnya tiada matapelajaran agama islam kerana majoritinya bukan islam, sehinggalah minggu lepas suami pengusaha kantin minum semeja dengan penulis dan akhirnya beliau bersuara, “ustaz.. macam mana ya TADIKA tu tukang masaknya bukan islam..anak saya tidak makan di sana saya suruh dia makan di sini..” agak tersentak dengan kata-kata beliau penulis menanyakan beberapa soalan dan jawapan yang diterima mengejutkan dan memang telah lama TADIKA tersebut begitu..”patut pun…”bisik hati kecil penulis. Sukarnya murid-murid menerima pelajaran mereka mungkin ini adalah salah satu sebab. Tapi apa beza orang bukan islam masak dengan orang islam masak?
               Pendapat penulis jika orang islam yang memasak memang kita tidak ragu-ragu untuk makan, kita terlupa jika tukang masak tidak mengerjakan solat yang memasak makanan untuk kita, kesannya sama sahaja, menggelapkan hati dan sukar menerima pelajaran.,jadi fikir-fikirkan,penulis berpesan pada diri sendiri dan pembaca sekalian.

0 ulasan

Catat Ulasan