U Are Visitors Number

"Bimbangkanlah waktu senang kerana saat itu pelbagai ujian akan menjema..."

Blog Stat

Ahad, 17 Mei 2009

Babi oh Babi



Masih ingatkah anda virus nipah yang menyerang utara kemudian ke selatan kampung Sungai Nipah di Perak pada tahun 1999?virus ini telah membunuh 48 orang yang berada di kawasan tersebut, sehingga sekarang penawarnya masih belum ditemui.





virus yang dilihat di bawah mikroskop





Pada mulanya virus ini dikatakan dibawa oleh nyamuk yang telah menghisap darah babi dan kemudian menghisap pula darah manusia.pindahan virus ini belaku dengan cara yang demikian. Adakah dakwaan tersebut benar?Dr Paul Chua antara orang yang mengkaji penularan virus tersebut mendapati bukanlah Japanese encephalitis ataupun ringkasnya JE berada dalam sel tersebut tetapi ada sesuatu virus yang ditemui dalam sampel darah manusia yang dijangkiti dan lebih merunsingkan beliau ketika itu. Peralatan di Malaysia yang tidak lengkap memaksa Dr Chua meminta bantuan CDC iaitu salah satu pusat pakar mengenai virus selesema yang terletak di Atlanta bagi mengkaji wabak ini. Disebabkan penghantaran sampel yang tidak dapat dilakukan melalui mel udara Dr Chua sendiri telah membawa sampel tersebut ke CDC.

Di CDC Atlanta pengkajian mula dibuat, dengan melakukan imbasan mereka mendapati satu virus yang sama dengan virus yang menyerang kuda dikenali sebagai ’ Paramyxoviridae atau ‘hendra’ . Nama ‘hendra’ tersebut diambil sempena nama salah sebuah kampung yang terkena virus tersebut. Virus hendra telah menyebabkan banyak kematian di Australia tahun 1994. Manakala wabak yang menyerang Sungai Nipah digelar virus nipah juga disebabkan nama kampung tersebut.








hingus dan air liur babi adalah punca jangkitan





Beralih pula dengan keadaan Malaysia pada ketika itu, kerajaan Malaysia mula memusnahkan kandang-kandang babi yang terdapat di Sungai Nipah, pengusaha-pengusaha kandang babi mengalami kerugian ribuan ringgit. Seorang pengusaha babi bertarung dengan maut kerana diserang virus tersebut. Pengusaha tersebut yang pada mulanya menyangka menyapu racun serangga di badan ketika memberi makanan kepada babi boleh mengelakkan jangkitan nyata sekali meleset. Dia dijangkiti kuman kerana kerap bertemu dengan haiwan tersebut.

Nyamuk bukanlah reservoir bagi wabak ini. Jika nyamuk bukan reservoir bagi wabak ini apakah perantaraan lain yang menyebabkan berlakunya virus ini?bagaimana virus yang bermula dari utara boleh pergi ke selatan negeri Perak tersebut dalam masa yang singkat?dalam kes hendra dahulu para saintis buntu memikirkan bagaimana virus tersebut boleh tersebar dari Hendra ke Brisbane sejauh 800 kilometer? setelah mengkaji akhirnya mereka mengesyaki kelawar adalah reservoir dan mengambil keputusan untuk mengambil sampel darah kelawar, keputusan yang mereka dapati sah kelawar mempunyai virus tersebut.

Beberapa saintis datang ke Malaysia bagi mengkaji lebih lanjut keadaan virus nipah yang menyerang ketika itu, mereka mengambil sampel darah babi dan turut mengambil sampel kelawar. Pengesahan yang mereka dapati kelawarlah yang membawa virus tersebut dan memindahkannya kepada babi, persoalannya bagaimana pindahan tersebut dilakukan??Kelawar seekor haiwan yang suka terhadap buah-buahan, kebanyakan pengusaha membuat 2 perniagaan pertama berniaga babi dan kedua berniaga buah-buahan, pokok tersebut ditanam di tepi kandang babi apabila kelawar makan buah tersebut secara tidak lansung lebihan sisa akan termasuk di dalam kandang dan dimakan oleh babi, terdapat sisa buah-buahan yang menjadi bukti mengandungi virus nipah.

Persoalan ini belum berakhir, di Sungai Nipah tiada kelawar, bagaimana pula virus boleh tersebar?hampir buntu saintis dengan punca kejadian tiba-tiba muncul seorang wanita menceritakan sesuatu yang tidak dijangka,wanita tersebut berasal dari utara Perak,mengikut ceritanya suami dan anaknya yang paling awal mati akibat diserang wabak tersebut,oleh kerana sayang akan perniagaan,suaminya sempat berpesan kepada isterinya supaya meneruskan perniagaan tersebut, wanita tersebut sedar akan bahayanya keadaan babi yang dipelihara,serta merta dia mengambil keputusan menjual semua babi yang ada dengan harga yang murah, dan dia berjaya menjual semua babinya di sekuruh Malaysia. Begitulah kisahnya dengan Kampung Sungai Nipah yang turut membeli haiwan dari wanita tersebut.

Habis cerita mengenai virus nipah’ atau nama sebenarnya Paramyxoviridae’. Kini muncul lagi ‘superflu’ (H1N1) yang bermutasi menjadi lebih hebat juga berkait dengan haiwan ini. Kemodenan membuatkan virus ini lebih cepat tersebar. Penulis akan merungkai mengenai cerita mengenai ‘superflu’ ini. Harap2 laptop penulis tidak dimasuki virus..:-)

Read More

Tak Mampu Nk Tulis..

Kekejaman kafir laknatullah yahudi tidak mengira mangsa mereka..lihatlah saja gambar-gambar di bawah ini,sama-sama kita berdoa semoga saudara seislam kita disana tabah...







































































Bagaimana pula pandangan anda dengan “api” disalah sebuah negara Arab di saat tahun baru,adakah ianya sama dengan api di negara jiran mereka??anda sendiri boleh menilai apakah perbezaan mudah kedua-dua gambar ini..































Read More